PM syukur Jaslinda berjaya ditemui selepas 15 hari - Utusan Malaysia

PM syukur Jaslinda berjaya ditemui selepas 15 hari

GAMBAR tular keadaan Jaslinda Saludin yang dikatakan ditemui oleh penduduk Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu Pos Musoh yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri merakamkan ucapan terima kasih kepada kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang berjaya menemui Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih, Perak sejak 15 hari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bersyukur wanita berusia 49 tahun itu berjaya ditemui.

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih sukarelawan dan pasukan penyelamat, serta warga Orang Asli Lubuk Gaharu kerana melindungi saudari Jaslinda,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Hari ini, media melaporkan, Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat.

Maklumat penemuan mangsa itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Difahamkan, mangsa ditemui oleh penduduk Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu Pos Musoh yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Operasi SAR mengesan Jaslinda diaktifkan 25 Mei lalu selepas wanita itu dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung.

Difahamkan, mangsa yang cedera di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki dan seorang malim gunung di Kem Batu Core selepas lelaki terbabit mengalami masalah pernafasan.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN