Shereen menang emas, Umar raih perak

Shereen menang emas, Umar raih perak

Shereen Samson Vallabouy
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet 400 meter (m) wanita negara, Shereen Samson Vallabouy meneruskan rentak kecemerlangannya apabila memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Terbuka New Taipei, Taiwan, hari ini.

Shereen menamatkan larian dengan 52.73 saat (s) sekali gus memperbaharui catatan terbaiknya pada musim ini iaitu 53.85s ketika beraksi di peringkat separuh akhir kejohanan.

Perak menjadi milik pelari dari Sri Lanka, Jithma Shenari Wijethunga dengan catatan masa 53.16s manakala gangsa dimenangi Sophia Gregorevic dari Australia 53.86s.

Itu merupakan pingat emas kedua Shereen pada musim ini selepas dia memenangi Terbuka Singapura dalam acara yang sama, April lalu.

Bagaimanapun, hasrat pelari 400m lelaki negara, Umar Osman untuk memenangi acara tersebut tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati dengan perak selepas melakukan catatan masa 46.42s.

Emas dimenangi pelari dari Australia, Brenton Kerr dengan catatan masa 46.22s manakala gangsa milik atlet tuan rumah, Chiao-Hung Wang (46.43s).

Sementara itu, pelari 110m berpagar lelaki negara, Mohamad Armin Zahryl Abd Latif membawa pulang gangsa selepas melakukan catatan masa 13.87s sekali gus menjadi pencapaian terbaiknya pada musim ini.

Emas dimenangi atlet tuan rumah, Yuan Kai Hsieh setelah menamatkan larian 13.57s manakala perak menjadi milik pelari dari India, Tejas Ashok Shirse dengan catatan masa 13.58s. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN