Letshanaa optimis dapat beraksi di Sukan SEA

Letshanaa optimis dapat beraksi di Sukan SEA

K.Letshanaa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian perseorangan wanita profesional negara, K.Letshanaa untuk membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA Kemboja, Mei depan hampir menjadi kenyataan apabila dia kembali di­serapkan sebagai pemain kebangsaan.

Berita gembira itu hadir sehari selepas Letshanaa berjaya merangkul kejuaraan sulungnya tahun ini dengan mengungguli Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Uganda kelmarin.

Pemain berusia 21 tahun itu menampilkan aksi membanggakan untuk menewaskan pemenang pingat gangsa Kejohanan Eropah, Neslihan Yigit dari Turki, 21-11, 21-8 dalam perlawanan akhir.

“Saya amat gembira untuk memenangi gelaran ini, lebih le­bih menentang pemain yang bagus seperti Yi­git dalam perlawanan akhir.

“Saya harap kejayaan ini akan meningkatkan lagi keyakinan saya pada masa akan datang kerana menjadi seorang pemain profesional bukanlah mudah.

“Jika saya diberikan peluang itu (beraksi di Sukan SEA), saya akan mencuba yang terbaik, tetapi semuanya bergantung kepada barisan jurulatih kebangsaan,” jelas Letshanaa.

Pemain kelahiran Selangor itu akan mula melapor diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara esok, sekali gus menjadi perseorangan kelima dalam kem kebangsaan selepas Siti Nurshuhaini Azman, Ooi Shan Zi, Wong Ling Ching dan Tang Zhing Yi.

Sebelum ini, Letshanaa terpaksa mengundur diri dari skuad kebangsaan gara-gara bergelut dengan kecederaan belakang, namun dia kembali aktif semula apabila beraksi dalam Sukan Malaysia (Sukma), September lalu untuk meraih pingat perak.

“Saya hanya bermula beraksi sekitar Ogos lalu, dan ketika itu ranking sekitar 530 tetapi kini saya berada di tangga ke-113 dunia.

“Harap kejayaan ini akan membantu menaikkan lagi kedudukan saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya