Berpasukan Remaja Asia: Malaysia jumpa India di separuh akhir

Skuasy berpasukan Remaja Asia: Malaysia jumpa India di separuh akhir

J. Yasshmita (kiri) menghadiahkan mata pertama Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad perempuan Malaysia menutup kempen Kumpulan A selaku juara selepas menumpaskan Taiwan 3-0 dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia di Chennai, India hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia melengkapkan aksi kumpulan dengan rekod tanpa kalah, sekali gus akan membuat perhitungan dengan India selaku naib juara Kumpulan B di belakang Hong Kong.

Turut mara ke separuh akhir ialah pasukan lelaki, dan jika muncul juara Kumpulan B, maka mereka berpeluang mengelak bertemu pilihan pertama, Pakistan yang menjuarai Kumpulan A pada separuh akhir.

Turun dengan status selaku juara bertahan selepas merangkul kejuaraan pada 2019, skuad perempuan negara mengutip mata pertama menerusi J. Yasshmita yang menundukkan Cheng Yu-Chen 11-5, 11-3, 11-4.

Sebelum pemain yang menghuni ranking ke-103 dunia itu turun ke gelanggang, anak-anak buah Andrew Cross telahpun mengutip satu mata kerana Taiwan hanya membawa dua pemain.

Taiwan yang merupakan pendatang baharu dalam skuasy melihat penyertaan pada kejohanan tersebut sebagai satu pendedahan kepada pemain-pemain muda mereka.

Sebelum ini, pemain remaja Taiwan turut diberi peluang menimba pengalaman pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2022 di Kaherah, Mesir, Disember lalu.

Mata ketiga Malaysia diperoleh menerusi pemain remaja berusia 15 tahun, Whitney Isabelle Wilson yang mengalahkan Chen Yen-Chi 11-0, 11-4, 11-1.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya