Astro, RTM jadi penyiar rasmi Liga M 2023

Astro, RTM jadi penyiar rasmi Liga M 2023

ASTRO dan RTM jadi penyiar rasmi Liga Malaysia 2023
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan dua stesen televisyen terkemuka tempatan, Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku rakan penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pembabitan Astro dan RTM ini bakal menjanjikan siaran perlawanan serta liputan yang lebih rancak dan komprehensif bagi Liga M musim ini demi kepuasan tontonan peminat sukan bola sepak tanah air.

Semua perlawanan yang akan disiarkan oleh Astro dalam definisi tinggi (HD) meliputi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia boleh di tonton di platform linear (TV), On Demand dan Astro GO.

Manakala RTM pula akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan Liga M termasuk Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia menerusi saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kehadiran Astro dan RTM bakal menambah kemeriahan musim baharu Liga M yang akan bermula 24 Februari depan dengan aksi pembuka tirai Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim.

“Saya percaya dengan sokongan dan komitmen rakan penyiar tempatan, ia bukan hanya demi kepuasan kualiti tontonan peminat-peminat tanah air malah ia dapat meningkatkan nilai komersial Liga M yang akhirnya akan memberikan pulangan besar buat pasukan serta pemain,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, gandingan Astro dan RTM selaku rakan penyiar liga musim ini bakal memenuhi kehendak peminat peminat tempatan yang mendambakan satu liputan menyeluruh dan menarik.

“MFL yakin dua rakan penyiar ini berkongsi objektif dan fokus mengenai kandungan yang penting. Jadi kami menemui rakan kongsi terbaik untuk membina semula jenama dan impak Liga M ke tahap lebih tinggi.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Astro dan RTM dalam bidang penyiaran sukan, kami berharap ia dapat memenuhi jangkaan dan harapan semua peminat,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya