Vietnam ke final Piala AFF selepas tewaskan Indonesia 2-0

Vietnam ke final Piala AFF selepas tewaskan Indonesia 2-0

Pemain Indonesia, Asnawi Mangku Alam (jersi hitam) cuba melepasi kawalan pemain Vietnam, Doan Van Hau (jersi merah) dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium My Dinh, Hanoi sebentar tadi. (Foto: VNexpress)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Pasukan pilihan, Vietnam memastikan kelebihan beraksi di laman sendiri dimanfaatkan sebaiknya apabila berjaya menewaskan skuad Indonesia 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi sebentar tadi.

Aksi separuh akhir pertama Jumaat lalu di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Ia merupakan kelebihan psikologi buat anak buah Park Hang Seo, dan mereka ternyata tidak menunggu lama dalam perlawanan ini apabila Nguyen Tien Linh meledak gol seawal minit ketiga untuk meletakkan Vietnam 1-0 di hadapan.

Perlawanan kemudian berlangsung dengan penuh tegang dan terpaksa beberapa kali dihentikan pengadil perlawanan, Araki Yusuke dari Jepun.

Indonesia sepatutnya meraih sepakan penalti apabila Dendy Sulistyawan dikasari, namun Yusuke tidak memberikannya kepada Indonesia biarpun Bui Tien Dung dilayangkan kad kuning kerana bertikam lidah dengan pengadil tersebut.

Aksi di babak kedua pula menyaksikan Vietnam semakin selesa apabila berpunca daripada sepakan penjuru, Tien Linh melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata buat kali kedua malam ini sekaligus memberikan kedudukan lebih selesa buat tuan rumah.

Indonesia yang dikendalikan Shin Tae Yong cuba meningkatkan asakan, bagaimanapun penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam kebal untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan dan Vietnam akan menanti pemenang di antara Thailand dan Malaysia esok untuk aksi final pertama di Hanoi pada 13 Januari depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya