Syihan sah sertai JDT

Syihan sah sertai JDT

AHMAD Syihan Hazmi secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu JDT musim ini.

PETALING JAYA: Penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed secara rasmi diumum sebagai pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi klip video yang dipaparkan di laman rasmi Johor Southern Tigers, hari ini.

Ahmad Syihan Hazmi diperkenalkan menerusi satu klip video di laman rasmi JDT itu dengan dia menaiki sebuah limousin memasuki perkarangan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri di Johor Baharu, Johor.

Bekas pemain Negeri Sembilan FC itu melangkah masuk ke stadium berkenaan dan menuju ke gawang gol selain turut ke bilik persalinan sambil memerhati jersi bernombor 33 yang bakal digunakan pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Kehadiran Ahmad Syihan Hazmi juga melengkapkan kuota penjaga gol skuad Harimau Selatan yang kini sudah pun memiliki Farizal Marlias dan Muhammad Haziq Nadzli.

Kehadirannya ke JDT bagi menggantikan Izham Tarmizi Roslan yang dipinjamkan kepada Sri Pahang FC dan dia akan bersaing dengan Farizal dan Muhammad Haziq untuk mendapat kepercayaan pengendali baharu JDT, Estaban Solari- UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN