Singapura nafi 'parking bas' jumpa Malaysia

Singapura nafi ‘parking bas’ jumpa Malaysia

JURULATIH Singapura, Takayuki Nishigaya (kiri) dan pemain tengah, Anumanthan Kumar dalam sidang akhbar di Bukit Jalil semalam menjelang perlawanan Piala AFF menentang Malaysia malam ini. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Takayuki Nishigaya berjanji Singapura tidak akan bermain secara bertahan apabila menentang Malaysia dan pemain diarah mempamer permainan seperti biasa serta menyerang apabila berpeluang.

Begitupun, melihat aksi mereka ketika mengikat Vietnam 0-0, Jumaat lalu, permainan me­nyerang hampir pasti tidak akan menjadi pendekatan Singa yang hanya memerlukan seri untuk menempatkan diri dalam kedudukan dua terbaik Kumpulan B, sekali gus mara ke separuh akhir Piala AFF 2022.

Nishigaya juga mengakui, Malaysia mempunyai kelebihan berbanding pasukannya kerana selain bermain di depan ribuan penyokong sendiri, tuan rumah memiliki rehat le­bih panjang kerana hanya turun beraksi seminggu lalu.

“Perlawanan penting buat kami. Singapura memiliki kelebihan mata (tujuh) berbanding Malaysia yang mengutip enam mata, jadi Malaysia pasti mahu kemenangan.

“Saya melihat perlawanan ini derbi serantau dan tidak mahu pemain beraksi dengan cara bertahan. Corak permainan sebelum ini tidak berubah,” kata jurulatih Singapura itu.

Sementara itu, pemain te­ngah Singapura, Anumanthan Kumar yakin dia dan rakan sepasukan mampu mengharungi tekanan beraksi di depan ribuan penyokong tuan rumah.

“Selepas mencatat keputusan positif menentang Vietnam, kami fokus untuk mengharungi perlawanan bertemu Malaysia dan bersedia berikan 100 peratus di atas padang.

“Semangat pasukan dalam keadaan terbaik dan kami akan manfaat pengalaman untuk menewaskan tuan rumah ke­rana sangat masak dengan bola sepak di Malaysia,” kata bekas pemain tengah Kedah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN