Piala FA singgah di Malaysia buat julung kali

Piala FA singgah di Malaysia buat julung kali

RYAN Armstrong (tengah) bersama pemain Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco (kanan) dan Kenny Pallraj bergambar bersama trofi Piala FA yang dipamerkan di Central I-City Shah Alam semalam. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ETALING JAYA: Buat julung kalinya, trofi Piala FA, kejohanan yang sudah berusia 152 tahun dibawakan ke Malaysia untuk dipertontonkan kepada peminat bola sepak Inggeris.

Trofi itu dipamerkan di pusat membeli belah Central i-City, Shah Alam semalam dari pukul 11.30 pagi sehingga 9 malam sebagai sebahagian Jelajah Asia Pasifik yang bermula di Sydney, Australia pada 23 Januari lalu.

Selepas Malaysia, trofi akan diterbangkan pula ke Singapura, diikuti Seoul, Korea Selatan pada 28 Januari dan akan berakhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 31 Januari depan.

Lebih menarik, Pengurus Senior Penjenamaan Persa­tuan Bola Sepak Inggeris (FA), Ryan Armstrong mendedahkan, trofi yang dibawa piala asal yang pernah dijulang beberapa kelab England, bukannya replika.

“Sambutan amat menakjubkan daripada penyokong tempatan kerana mereka begitu cinta dan ghairah terhadap kejohanan ini. Anda boleh lihat mereka menyokong kelab masing-masing, malah ada yang datang memakai jersi kelab kesayangan mereka.

“Ideanya adalah untuk me­wujudkan serta mengembangkan semangat dan keghairahan peminat tempatan, dan tidak mustahil kami akan kembali ke Malaysia,” kata Armstrong.

Trofi telah beberapa kali ditukar dan direka semula sejak Piala FA diperkenalkan pada 1871, dan yang digunakan ketika ini dihasilkan oleh Thomas Lyte pada 2014.

Ketika ini, saingan tersebut sedang berlangsung dengan 32 pasukan bakal berentap untuk pusingan keempat kejohanan. Perlawanan akhir bakal berlangsung 3 Jun di Wembley.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.