Nasib Caion di Selangor FC masih samar

Nasib Caion di Selangor FC masih samar

PENYERANG Selangor, Herlison Caion (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Terengganu FC pada separuh akhir pertama Piala Malaysia musim lalu. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, masih tiada keputusan sama ada penyerang skuad Merah Kuning musim lalu, Herlison Caion akan kekal bersama pasukan itu atau tidak pada musim 2023.

Penyerang kelahiran Brazil itu muncul selaku peledak utama musim lalu dan difahamkan dia masih memiliki kontrak bersama skuad Red Giants sehingga penghujung musim ini namun, ia bergantung kepada pihak pengurusan.

Cheng Hoe juga telah mengesahkan empat pemain import Selangor FC pada musim lalu akan kekal dengan pasukan buat musim 2023 namun, nama Caion tiada dalam senarai buat masa ini.

“Setakat ini, kami masih lagi dalam perbincangan sama ada untuk mengekalkan atau melepaskan khidmat Caion,” kata Cheng Hoe.

Sepanjang musim lalu, Caion telah merekodkan 14 gol dalam 22 penampilan bersama pasukan namun, dianggap masih belum mencapai tahap penyerang import dan sering menjadi bahan bualan di kalangan penyokong Selangor FC.

Sementara itu, Selangor FC juga difahamkan akan menandatangani dua orang lagi pemain import baharu dan ada yang mengatakan kedua-duanya dari benua Timur Tengah iaitu Jordan dan Syria.

Dalam pada itu katanya, The Red Giants belum memutuskan ke lokasi latihan pra musim mereka kerana perlu menunggu 10 pemain mereka yang akan pulang daripada tugasan dengan pasukan kebangsaan di Piala AFF 2022.

“Kemungkinan besar pihak pengurusan telah menyediakan pilihan untuk kami menjalani latihan di dalam atau luar negara,” kata Cheng Hoe.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya