Moshiri sedia lepaskan Everton

Moshiri sedia lepaskan Everton

PENYOKONG Everton membawa kain rentang sebagai protes terhadap pemilik kelab ketika menentang West Ham di Stadium London, Sabtu lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemilik Everton, Farhad Moshiri bersedia menjual kelab pada harga 500 juta pound (RM2.63 bilion) selepas menerima desakan daripada penyokong The Toffees.

Berita tersebut hadir dua hari selepas mereka memecat pe­ngurus pasukan, Frank Lampard, Isnin lalu ekoran prestasi buruk Everton yang kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Perdana Inggeris.

Penyokong Everton telah me­ngadakan siri bantahan terhadap Moshiri sejak beberapa bulan lalu, malah turut mendesak lembaga pengarah ditukar sejurus selepas kalah 2-0 kepada West Ham dalam aksi liga, Sabtu lalu.

Menurut The Guar­dian, biarpun Moshiri menegaskan tidak akan menjual kelab selepas kekalahan kepada West Ham, namun dia dijangka merubah fikiran ekoran desakan yang diterima.

Dalam satu video yang tular di media sosial, hartawan Britain-Iran itu didakwa memberitahu ahli lembaga, dia terbuka kepada pengambilalihan secara borong.

FARHAD MOSHIRI 

Dia bersedia menerima jualan minoriti atau majoriti, dengan ‘sebilangan bakal pembeli’ yang menyatakan minat.

Firma perundingan kewangan dan audit terkemuka, Deloitte dilaporkan bersedia untuk mengawasi penjualan kelab itu.

Moshiri telah melaburkan wang untuk stadium baharu Everton yang sedang dibina di Bramley-Moore Dock dengan kos 550 juta pound (RM2.9 bilion).

Mereka juga melakukan pembelian besar seperti membawa masuk Amadou Onana pada harga 31.5 juta pound (RM165.92 juta).

Everton turut membeli Alex Iwobi 28 juta pound (RM147.48 juta), Yerry Mina 27 juta pound (RM142.21), Michael Keane 25 juta pound (RM131.68) dan Moise Kean untuk 24 juta pound (RM126.41 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya