'Mana boleh menari di Bukit Jalil'

‘Mana boleh menari di Bukit Jalil’

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Singapura 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, sekali gus mengesahkan tiket separuh akhir Piala AFF 2022. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selain memuji komitmen rakan-rakan sepasukan yang membawa Malaysia ke separuh akhir Piala AFF 2022, kapten Harimau Malaya sempat meninggalkan mesej buat ­Singapura sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Kemenangan 4-1 ke atas ­Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil itu membolehkan Malaysia mengiringi Vietnam sebagai juara Kumpulan B untuk memburu tiket ke final.

Safawi dan rakan-rakan sepasukannya berjaya menyekat hajat penyerang Singapura untuk menari di gelanggang keramat Harimau Malaya.

“Saya dengar ada pemain dari Singapura nak menari malam ini (kelmarin) tetapi tak boleh. Ini Bukit Jalil, tak boleh buat.

“Saya gembira kerana kita menang bukan 1-0 atau 2-0 tetapi menang 4-1. Tidak mudah untuk menang dengan empat gol. Tiada apa yang boleh saya katakan selain saya bangga dengan rakan sepasukan,” katanya.

Sebelum perlawanan, ­Ikhsan Fandi, anak kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad dalam ­Instagram Story memuat naik gambar dia dan adiknya, Ilhan sedang menari meraikan jaringan ketika menewaskan Malaysia 2-1 pada aksi antarabangsa Mac lalu.

“Merancang untuk menari sekali lagi menentang mereka (Malaysia) tetapi Tuhan ada pe­rancangan lain, Ilhan Fandi. Kita akan mengharungi perlawanan ini bersama,” kata Ikhsan.

Biarpun gagal membantu Singapura mara lebih jauh, Ikhsan tetap berpuas hati dengan prestasinya pada Piala AFF kali ini.

“Alhamdullilah dalam kempen kali ini saya buat lima bantuan gol, ia bukan mudah, jadi saya bangga dengan diri sendiri sebab sudah lama tak bermain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN