JDT dalam kelas tersendiri, jadi pasukan ke-15 terbaik di Asia

JDT dalam kelas tersendiri, jadi pasukan ke-15 terbaik di Asia

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim ketika meraikan kejayaan JDT muncul juara Piala Malaysia, menumpaskan Selangor FC tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila diiktiraf sebagai kelab ke-15 terbaik di Asia pada 2022.

Menurut Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS), juara liga super sembilan kali berturut-berturut itu juga menduduki tempat ke-250 daripada 500 pasukan terbaik kelab bola sepak lelaki dunia 2022.

Kelab Liga Korea atau K League, Jeonbuk Hyundai Motors dinobatkan selaku kelab terbaik Asia apabila menduduki tempat ke-42 dunia.

Satu lagi kelab K League, Ulsan Hyundai FC muncul pasukan kedua terbaik Asia selepas menduduki tempat ke-99 diikuti kelab Al Hilal dari Arab Saudi yang menduduki tempat ke-115.

Menurut IFFHS, kelab Serie A Brazil, CR Flamengo adalah kelab terbaik di dunia selepas meraih dua kejuaraan iaitu Copa do Brazil 2022 dan Copa Libertadores.

Satu lagi kelab Brazil, SE Palmeiras menduduki tempat kedua diikuti gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, Chelsea dan Manchester City masing-masing di tempat ketiga, keempat dan kelima.

Pengiktirafan diperoleh JDT itu pastinya hasil daripada aksi cemerlang pada kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu apabila melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik.

Selain itu, JDT juga menyapu bersih semua empat trofi domestik musim lalu apabila menjuarai Liga Super, Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala Malaysia.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya