Harimau Malaya hilang 21,000 "ekor" di Bukit Jalil

Harimau Malaya hilang 21,000 “ekor” di Bukit Jalil

Keadaan terkini Stadium Nasional Bukit Jalil apabila pentas konsert artis Taiwan, Jay Chou sedang giat dipasang menjelang aksi separuh akhir Piala AFF pada Sabtu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh sedang berusaha untuk memastikan sorakan penuh 90,000 penyokong Harimau Malaya menjelang aksi separuh akhir Piala AFF menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) esok dapat direalisasikan biarpun ia dilihat mustahil. 

Sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan bagi memberi laluan kepada konsert artis Taiwan, Jay Chou yang dijadualkan berlangsung pada 15 Januari depan, sekaligus hanya 59,000 tiket sahaja diperuntukkan untuk aksi pada Sabtu dan kesemuanya telah pun habis dijual. 

Difahamkan Hannah dan pasukannya membuat tinjaun seketika ke SNBJ semalam sejurus program penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad hoki negara ke Piala Dunia untuk mendapat gambaran terkini stadium tersebut bersama pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). 

“Saya telah diberi taklimat berkenaan masalah yang kita hadapi Sabtu ini dan kita telah berbincang dengan perbadanan stadium. 

“Kita masih dalam proses perbincangan. Itu sahaja yang saya boleh cakap ketika ini,”katanya. 

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan ke Institut Sukan Negara semalam bersama Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim. 

Bagaimanapun menerusi tinjauan dilakukan Utusan Malaysia semalam di dalam SNBJ mendapati, pemasangan pentas bagi konsert Jay Chou sedang giat dijalankan, sekaligus harapan untuk melihat  21,000 tempat duduk yang dikosongkan kembali dijual kepada peminat-peminat bola sepak tanah air dalam tempoh 48 jam adalah amat sukar untuk direalisasikan menjelang sepak mula pada Sabtu.

Pihak penganjur konsert tersebut telah pun membuat tempahan stadium sejak 13 Mac 2019, manakala pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula baru sahaja menempah stadium tersebut pada Ogos 2022 untuk digunakan sempena Piala AFF .

Tambah Hannah, pihak penganjur konsert memerlukan masa sekitar 14 hari dan tenaga kerja sebanyak 500 orang tidak termasuk 185 kru antarabangsa untuk memasang pentas tersebut, dan mereka sudah pun lewat sebanyak beberapa hari bagi memberi ruang buat perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF dijalankan tempohari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya