Faisal kagum Malaysia ke separuh akhir hanya sebulan berlatih

Faisal kagum Malaysia ke separuh akhir hanya sebulan berlatih

CAMPURAN Pemain Harimau Malaya semasa dan regular mampu membentuk skuad terkuat untuk mengharungi Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim amat kagum memikirkan Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir Piala AFF 2022 hanya selepas sebulan berlatih bersama dan mengharungi detik yang cukup menyukarkan.

Kejayaan menumpaskan ­Singapura 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin membolehkan anak-anak buah Kim Pan Gon menempah pertemuan separuh akhir dengan juara enam kali, Thailand selaku naib juara Kumpulan B.

Kata Faisal, pada hari-hari awal mereka dikumpulkan bulan lalu, tidak ramai yang memberi harapan Harimau Malaya mampu melangkah jauh.

Mereka terpaksa memang­gil ramai pemain yang tiada dalam senarai asal, termasuk tujuh muka baharu ekoran perubahan yang berlaku pada saat akhir.

“Walaupun orang tidak pandang kita, saya cakap kepada ­rakan-rakan lain apabila kita buat kerja ikhlas pasti ada kejayaan untuk kita.

“Sekarang kita dah layak ke separuh akhir, satu rezeki daripada Allah, dengan pasukan yang kita ada, siapa sangka kita boleh layak.

“Bayangkan kalau pasukan ini macam pasukan lain seperti Vietnam dengan Indonesia yang sudah duduk dua tiga tahun bersama, kita baru sebulan bersama,” katanya sejurus selepas membantu Malaysia menum­paskan Singapura.

Kata Faisal, dia tidak kisah jika tidak menjaringkan gol asalkan pasukan menunjukkan permainan baik dan berjaya mencatat kemenangan.

Menentang Thailand selepas ini, dia menuntut rakan-rakan untuk lebih berdisiplin dan bersedia kerana juara bertahan itu lawan yang lebih sukar berbanding Singapura,

apatah lagi mereka menghuni ranking ke-111 dunia.

“Kita akan bermain di tempat sendiri Sabtu ini, harap kami dapat membawa bekalan sebelum berlepas ke Thailand (Selasa).

“Kita sedar mereka bukan ­calang-calang pasukan tetapi saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap rakan-rakan dan jurulatih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya