Azizulhasni, Pandelela Atlet Terbaik Kebangsaan 2021

Azizulhasni, Pandelela Atlet Terbaik Kebangsaan 2021

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Olahragawan kepada Azizulhasni Awang dan Anugerah Olahragawati buat Pandalela Rinong sambil diperhatikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam Anugerah Sukan Negara 2021 di Dewan Banquet MSN, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 semalam.

Kejayaan tersebut menyaksikan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu diangkat selaku Olahragawan Kebangsaan buat kali kelima selepas merangkul anugerah berprestij itu pada tahun 2009, 2010. 2017 dan 2019/2020.

Kejayaan terbesar Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman ialah mengharumkan nama negara di pentas Olimpik Tokyo 2020 apabila berjaya merangkul pingat perak dalam acara keirin.

Azizulhasni juga merangkul emas pecut lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Jincheon, Korea selain meraih emas acara keirin pada siri keempat Kejohanan Trek Piala Dunia UCI di Velodrom Avantidrome, Cambridge, New Zealand.

The Pocket Rocketman menewaskan empat pencabar lain iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (badminton), Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) serta Syarifuddin Azman (permotoran dua roda).

Sementara itu, ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dinobatkan sebagai olahragawati buat kali keempat dalam kariernya sekali gus mengulangi kejayaannya yang pernah merangkul anugerah itu pada 2011, 2013 dan 2015.

Antara kejayaan terbesar Pandelela pada 2021 ialah meraih emas dalam acara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Terjun Piala Dunia Fina di Jepun.

Sementara itu, bagi kategori Olahragawan Paralimpik pula dianugerahkan kepada jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin manakala, Olahragawati Paralimpik menjadi milik atlet dari sukan renang, Brenda Anellia Larry.

Bonnie menewaskan Datuk Abdul Latif Romly (olahraga), Cheah Liek Hou (badminton), Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia) manakala Brenda mengenetepikan cabaran Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin (para olahraga), Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (berbasikal).

Pemenang Olahragawan dan Olahragawati Kebangsan serta Paralimpik menerima menerima piala, piala iringan, sijil dan hadiah wang tunai RM20,000 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ASN turut menawarkan tujuh anugerah lain iaitu Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.

Anugerah berprestij yang mula diperkenalkan sejak 1966 itu adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya