Argentina tidak akan menang Piala Dunia lagi

Argentina tidak akan menang Piala Dunia lagi

ZLATAN IBRAHIMOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Bintang bola sepak Sweden, Zlatan Ibrahimovic berkata, Kylian Mbappe perlu yakin dia akan memenangi satu lagi Piala Dunia tetapi dia tidak menjangka Argentina mampu menjulang trofi itu sekali lagi.

Ibrahimovic turut mengecam cara pemain Argentina meraikan kemenangan mereka yang sama sekali tidak menghormati lawan.

Perancis yang diketuai Mbappe tewas menerusi penentuan sepakan penalti 2-4 kepada Argentina dalam final di Qatar, Disember lalu selepas kedudukan terikat 3-3.

Mbappe kecewa biarpun meledak hatrik, manakala rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi akhirnya melengkapkan koleksi kejuaraan selepas sekian lama menunggu.

“Jika anda mahu terus memperingati Piala Dunia di Qatar, siapa perlu menang? Messi.

“Messi dianggap pemain terbaik dalam sejarah. Jika anda mahu mengingati Piala Dunia Qatar dalam sejarah, Messi perlu menang. Saya 100 peratus pasti dia akan menang.

LIONEL Messi mengetuai Argentina menjulang trofi Piala Dunia di Qatar, Disember lalu. 

“Begitupun saya simpati dengan Mbappe kerana jika anda menjaringkan tiga gol dalam perlawanan akhir dan tidak memenangi Piala Dunia, itu sangat menyedihkan,” kata penyerang AC Milan itu dalam wawancara bersama Radio France.

Ibrahimovic, 41, yang pernah menyarung jersi PSG, selain Barcelona, Manchester United, Inter Milan serta Ajax bagaimanapun berkata, sikap tidak menghormati lawan yang ditunjukkan pemain Argentina adalah ‘petanda’ mereka tidak akan menjulang Piala Dunia selepas ini.

“Apa yang akan berlaku? Dia (Mbappe) akan memenangi satu lagi Piala Dunia dan dia sudah memenangi satu, jadi saya tidak bimbang tentang Mbappe.

“Saya bimbang tentang pemain lain di Argentina kerana mereka tidak akan memenangi apa-apa lagi.

“Messi telah memenangi segala-galanya dan dia akan diingati, tetapi yang lain, yang berkelakuan buruk. Itu petanda anda (Argentina) tidak akan menang lagi,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya