Aaron-Wooi Yik terkandas, Shevon-Soon Huat tumbang

Aaron-Wooi Yik terkandas, Shevon-Soon Huat tumbang

Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (Foto: SHIDDIEQIIN ZON)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penamat kurang cemerlang buat skuad badminton negara di hari ketiga Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Selepas beregu lelaki, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin serta beregu campuran, Toh Ee Wei-Chen Tang Jie bawa perkhabaran gembira dengan meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir esok, momentum ia gagal diteruskan juara dunia 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Kedua sandaran utama negara itu diasak hebat oleh pasangan China, Liu Yu Chen dan Ou Xian Yi.

Aaron dan Wooi Yik yang ketinggalan di set pertama cuba melakar kebangkitan di set kedua, namun gandingan Yu Chen dan Xian Yi lebih ampuh untuk merebut slot ke suku akhir selepas merakamkan kemenangan 10-21, 21-23.

” Saya rasa Yu Chen seorang pemain yang lebih mantap berbanding gandingannya, Xuan Yi, dan dari dahulu lagi kami menentang Yu Chen bersama gandingan lamanya, Li Jun Hui, kami tidak dapat menang dengan mudah. Kalau nak menghadapi kejohanan besar seperti ini, memang kami tidak akan dapat lari daripada berjumpa dengan mereka.

“Tekanan akan sentiasa ada, tetapi itu bukan alasan buat kami, dan kami kena bertanggungjawab atas kekalahan ini,” jelas Aaron selepas tamat perlawanan.

Terdahulu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai sekali lagi dibelenggu badi apabila tewas kepada juara bertahan empat kali Terbuka Malaysia, Zheng Si Wei dan Hua Ya Qiong dari China.

Ia ibarat perlawanan menentang gergasi apabila Soon Huat dan Shevon tampak sukar mencari ruang untuk menembusi pertahanan kental pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu sebelum akur tewas dengan keputusan 16-21, 10-21.

“Semasa awal perlawanan, mereka memberikan kami tekanan yang begitu banyak, walaupun kami masih boleh mengikut rentak.

” Taktikal kami pada asalnya masih berjaya mengekang asakan mereka, tetapi mereka terlalu cepat dan berjaya mengubah strategi mereka untuk menang ke atas kami,” jelas Soon Huat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya