29 pasukan sertai Liga Bola Sepak Alumni SBP 2023

29 pasukan sertai Liga Bola Sepak Alumni SBP 2023

Liga Bola Sepak Alumni SBP 2023 akan membuka tirai pada 14 Mac ini bertempat di Tigre Arena di Sungai Buloh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 29 pasukan akan berentap dalam Liga Bola Sepak Alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2023 yang bermula 14 Januari ini sehingga 18 Mac depan di kompleks sukan Tigre Arena di Sungai Buloh.

Liga Bola Sepak SBP 2023 itu dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh (GPASBP) dengan kerjasama Tigre Sporting Empire sebagai inisiatif untuk memperbanyakkan aktiviti membabitkan alumni SBP.

Pengarah Urusan Tigre Sporting Arena Empire, Nurikhzan Ahmad Yahaya berkata, kesemua pasukan terbabit akan bertanding dalam tiga kategori dalam format liga sepusingan iaitu Terbuka, Semi Veteren dan Veteren.

“Pasukan Terbuka akan diwakili oleh pemain yang berumur 18 hingga 30 tahun, Semi Veteren pula bagi mereka yang berumur 31 hingga 44 tahun dan katgeori Veteren melibatkan alumni SBP yang berumur 45 tahun ke atas.

“Perlawanan akan berlangsung setiap Sabtu dan Ahad bermula 14 Januari sehingga 18 Mac dengan padang Tigre Arena dipilih sebagai venue untuk kesemua perlawanan,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran Liga Bola Sepak Alumni SBP 2023 semalam.

PENGERUSI GPASBP, Dr. Ab. Wahab Che Mat (tengah) bergambar bersama piala yang akan menjadi rebutan dalam Liga Bola Sepak Alumni SBP 2023.

Turut hadir Pengerusi GPASBP, Dr. Ab. Wahab Che Mat, Biro Sukan dan Rekreasi GPASBP, Mohammad Fawaz Kamarudin dan wakil-wakil penaja dari Dominant Energy SB, Seal & Go Malaysia, Adabi Consumer Industries dan Bijak Aktif SB.

Sementara itu, Mohammad Fawaz berkata, tujuan utama pihaknya menganjurkan liga berkenaan ialah untuk menyatukan semua alumni SBP dari seluruh negara selain mendedahkan mereka dengan aktiviti secara bersama.

“Sekarang, terdapat 31 alumni yang bernaung dibawah GPASBP dan sekarang kita mahu perbanyakkan aktiviti agar lebih ramai lepasan SBP tahu bahawa banyak program yang boleh mereka sertai jika bersama persatuan alumni.

“Sebelum ini, kita sudah menganjurkan pelbagai program dan saya fikir penganjuran liga bola sepak yang diadakan buat kali pertama ini akan menjadi daya penarik baharu kepada persatuan alumni,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya