WAGs tinggalkan kapal mewah kerana insiden ‘kencing’

WAGs tinggalkan kapal mewah kerana insiden ‘kencing’

TEMAN wanita Jack Grealish, Sasha Attwood mengetuai WAGs England meninggalkan kapal persiaran mewah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pasangan Jack Grealish dan Harry Maguire meninggalkan kapal persiaran mewah yang didiami WAGs (isteri dan pasangan pemain) sepanjang Piala Dunia gara-gara insiden ‘kencing’.

Menurut Daily Mail, Sasha Attwood, teman wanita Grea­lish, dan Fern Hawkins, isteri Maguire sangat terkesan dengan keadaan di tempat penginapan mereka biarpun menginap di sebuah kapal persiaran mewah.

Ia berpunca daripada insiden seorang penumpang membuang air kecil di atrium lima tingkat ketika baru pulang daripada menonton Piala Dunia meraikan kemenangan pasukan mereka.

Selain insiden tersebut, ­liputan talian telefon di atas kapal juga bermasalah, dengan ramai yang mendapati sukar untuk membuat panggilan kepada pemain semasa di hotel penginapan.

Kini dilaporkan semua WAGs dari kem England yang menginap di kapal persiaran tersebut telah berpindah ke hotel biasa, diketuai Attwood dan Hawkins.

Pengurus England, Gareth Southgate amat menitikberatkan pentingnya untuk pemain dan keluarga berhubungan rapat sepanjang Piala Dunia 2022, situasi yang jauh berbeza de­ngan rejim pengurus terdahulu seperti Fabio Capello pada Piala Dunia 2010. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.