Tiada karpet merah buat Mbappe

Tiada karpet merah buat Mbappe

WALKER menjadi tonggak pertahanan kental England dan benteng kecemerlangan di kempen Piala Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kyle Walker menegaskan dia tidak akan membentangkan karpet merah untuk Kylian Mbappe apabila England menentang Perancis pada suku akhir Piala Dunia pada Ahad nanti.

Pertembungan menarik dijangka berlaku antara Walker dan Mbappe di Stadium Al Bayt nanti dan ia juga dianggap peenentu keputusan perlawanan dengan bintang Perancis itu kini menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol.

Walker baru pulih daripada kecederaan pangkal paha dalam perlawanan terakhir kumpulan England menentang Wales, setelah terlepas perlawanan kompetetif hampir dua bulan, tetapi pasukan itu masih belum tewas sejak kemunculan semulanya.

“Dia seorang pemain yang hebat. Jadi, ia bukan satu tugas yang mudah. Tetapi sebagai pemain bola sepak profesional anda mahu bermain menentang pemain terbaik dan dia adalah salah seorang pemain terbaik,” kata Walker.

Apabila ditanya bagaimana untuk menghalang Mbappe, Walker berkata, dia akan memberikan tumpuan untuk menghalang pemain itu namun, sedar ia bukan satu tugasan yang mudah.

“Saya telah menentang ramai pemain yang hebat tetapi, saya perlu menganggapnya sebagai satu lagi perlawanan. Anda perlu memberi penghormatan yang sepatutnya kepadanya tetapi tidak terlalu banyak. kita juga boleh mendatangkan masalah kepada mereka.

“Ya, ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi tidak bergantung kepada seorang pemain. Perlawanan ini bukan England lawan Mbappe tetapi England menentang Perancis.

“Saya tidak akan membentangkan karpet merah untuknya dan menyuruhnya menjaringkan gol. Saya mewakili negara saya pada suku akhir Piala Dunia jadi ia boleh atau mati.

“Jika kami kalah kami pulang, dia tidak akan menghalang saya untuk berharap memenangi Piala Dunia untuk negara saya.”

Mbappe sebelum ini pernah melabelkan Walker sebagai kereta kebal pada 2021 selepas mereka pernah bertembung dalam dalam saingan Liga Juara-Juara antara PSG dan Manchester City.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya