‘Saya menangis, hampir terlepas Piala Dunia’

‘Saya menangis, hampir terlepas Piala Dunia’

NEYMAR memberi penghormatan kepada penyokong selepas Brazil menewaskan Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Penyerang sensasi Brazil, Neymar gembira usaha keras­nya untuk segera pulih daripada kecederaan berbaloi apabila me­­mainkan peranan besar ketika Brazil membenam Korea Selatan 4-1 semalam untuk mara ke suku akhir Piala Dunia.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu terlepas dua aksi pe­ringkat kumpulan selepas ce­dera pergelangan kaki ketika membantu menentang Serbia pada 24 November lalu.

Bagaimanapun pemain berusia 30 tahun itu hanya sempat beraksi selama 81 minit ketika menentang Korea sebelum diganti dengan Rodrygo.

Neymar yang meledak gol kedua Brazil menerusi sepakan penalti pada minit ke-13 mengakui, dia sebelum ini diselu­­b­ungi­ perasaan takut setelah tersisih 11 hari kerana kecede­raan, namun bersyu­kur mampu kembali beraksi dan meledak gol.

“Saya bermula baik musim ini, dan apabila terpaksa berhadapan kecederaan sebegini, ia sesuatu yang amat sukar.

“Saya menangis setiap ma­lam tetapi semuanya berjalan baik semula apabila segala usaha yang dicurahkan tidak sia-sia,” jelas Neymar.

Neymar menjadi pemain ketiga Brazil meledak gol untuk tiga edisi Piala Dunia berbeza (2014, 2018, 2022) selain Pele dan Ronaldo.

Secara ke­se­luruhan dia sudah meledak 76 gol buat Brazil, yang akan berdepan Croatia di suku ­akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya