Ronaldo berjalan sendirian ketika pasukan sedang bergembira

Ronaldo berjalan sendirian ketika pasukan sedang bergembira

CRISTIANO Ronaldo menuju ke terowong di Stadium Lusail ketika rakan-rakannya masih berada di atas padang meraikan kejayaan Portugal mara ke suku akhir Piala Dunia. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Cristiano Ronaldo dilihat berjalan sendirian menuju ke bilik persalinan ketika rakan-rakan sepasukannya masih di atas padang meraikan kejayaan Portugal melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2022 selepas menumpaskan Switzerland 6-1, awal pagi tadi.

Kapten Portugal itu diletakkan dibangku simpanan, dan ramai yang menganggap tindakan tersebut diambil kerana pengurus pasukan, Fernando Santos tidak gembira dengan reaksi Ronaldo ketika dikeluarkan dalam perlawanan menentang Korea Selatan, Jumaat lalu.

Santos mengakui tidak suka dengan sikap pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu tetapi menegaskan, Ronaldo tidak diturunkan bukan kerana insiden tersebut sebaliknya keputusan itu sama sekali strategi bola sepak, di mana dia memberi kepercayaan kepada penyerang muda, Goncalo Ramos tampil dalam kesebelasan buat kali pertama.

Ramos membalas kepercayaan itu dengan cemerlang apabila meledak hatrik sambil disaksikan Ronaldo di bangku simpanan.

 

Bintang veteran dimasukkkan ketika permainan berbaki 17 minit dan kedudukan 5-1. Dia berjaya menjaringkan gol tetapi dibatalkan akibat ofsaid.

Ronaldo yang kini tidak mempunyai kelab selepas dipecat oleh Manchester United bulan lalu tidak menunggu lama selepas tamat perlawanan dan menjadi pemain Portugal pertama menuju ke terowong.

Dia sempat melambai ke arah penonton di Stadium Lusail sebelum berjalan ke ke bilik persalinan ketika pemain lain masih bergembira di atas padang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya