Ramos ledak hatrik, bawa Portugal ke suku akhir

Ramos ledak hatrik, bawa Portugal ke suku akhir

RAMOS muncul wira Portugal apabila meledak hatrik dalam perlwanan menentang Switzerland di Stadium Lusail hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Goncalo Ramos muncul wira Portugal apabila meledak hatrik ketika menewaskan Switzerland 6-1 di Stadium Lusail sebentar tadi untuk membawa pasukannya mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022.

Ramos yang berumur 21 tahun bermain dalam kesebelasan utama buat kali pertama bersama Portugal dan dia menjadi pilihan jurulatih, Fernando Santos untuk menggantikan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan tersebut.

Penyerang Benfika itu membalas kepercayaan Santos dengan meledak hatrik dengan menjaringkan satu gol pada babak pertama dan dua gol pada separuh masa kedua sekali gus membuktikan dia layak menggantikan Ronaldo.

Turun tanpa kelibat Ronaldo yang diletakkan di bangku simpanan, anak buah Santos mempamerkan rentak permainan cemerlang dan lebih mendominasi permainan.

Hasilnya, mereka berjaya mendapat gol pembukaan seawal minit ke-17 menerusi Ramos yang bijak menyudahkan umpanan Joao Felix dengan dia melakukan sentuhan, berpusing dan terus meledak menewaskan Yann Sommer.

Pada minit ke-33, Pepe yang mengambil alih tugas kapten daripada Ronaldo menghadiahkan gol kedua buat Portugal selepas dia menanduk masuk bola sepakan penjuru yang diambil Bruno Fernandes untuk keputusan 2-0 pada babak pertama.

PEPE menjaringkan gol kedua ketika aksi 16 terakhir Piala Dunia menentang Switzerland di Stadium Lusail, Qatar.

Bersambung separuh masa kedua, Ramos membuktikan pemilihannya untuk bermula di kesebelasan utama dan menggantikan penjaring sepanjang zaman negaranya tepat apabila menghadiahkan gol ketiga Portugal pada minit ke-51.

Selang empat minit kemudian, Portugal terus selesa dihadapan apabila Raphael Guerreiro menjaringkan gol keempat apabila menyudahkan hantaran menarik sekali lagi menerusi Felix.

Tersentak dengan jaringan itu, Murat Yakin melakukan dua pertukaran dan hasilnya mereka mendapat gol pertama menerusi Manuel Akanji pada minit ke-58 namun, ia tidak mampu untuk menahan amukan Portugal.

Pada minit k-68, Ramos melengkapkan malam gemilangnya dengan jaringan ketika apabila menyudahkan umpanan Felix sekali gus menjadi pemain pertama meledak hatrik di Piala Dunia Qatar.

Tidak cukup dengan itu, kemenangan besar Portugal dilengkapkan menerusi gol keenam apabila Rafael Leo menjaringkan gol pada minit ke-92 untuk menjadikan keputusan 6-1.

Keputusan 6-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan di peringkat suku akhir, Portugal akan berdepan Maghribi selepas berjaya menyingkirkan Sepanyol 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.