Portugal pasti ‘benci’ jumpa Switzerland – Yakin

Portugal pasti ‘benci’ jumpa Switzerland – Yakin

XHERDAN Shaqiri meraikan gol pertama Switzerland ketika menentang Serbia dalam aksi terakhir Kumpulan G di Stadium 974, Doha semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Selepas bangkit daripada ketinggalan untuk me­numpaskan Serbia 3-2, jurulatih Switzerland, Murat Yakin berkata, Portugal yang bakal menjadi lawan mereka di pusingan 16 akhir Piala Dunia 2022 pasti tidak suka bertemu pasukannya.

Skuad bimbingan Ya­kin muncul naib juara Kumpulan G, berkongsi enam ma­ta bersama ­Brazil tetapi dibezakan oleh jumlah gol.

“Portugal tidak suka menentang kami. Mereka adalah pasukan pilihan tetapi dalam peringkat kalah mati apa-apa boleh berlaku.

“Saya fikir pasukan sudah bersedia untuk pertempuran ini,” kata Yakin.

Xherdan Shaqiri meledak gol pembukaan Switzerland sebelum Aleksandar Mitrovic menya­makan kedudukan pada minit ke-26 dan Dudan Vlahovic meletakkan Serbia di depan, sembilan minit berselang.

Switzerland bagaimanapun tampil lebih mantap dan meledak dua gol pantas menerusi Breel Embolo (minit-44) dan Remo Freuler (48) yang membuatkan Serbia tidak tidur lena.

“Pemain mempunyai matlamat untuk mencipta sejarah dan misi kami belum selesai.

“Pasukan telah bergerak le­bih dekat hari ini, pemain lebih berpengalaman. Sekarang kami akan menikmati masa ini. Dalam bola sepak kami hidup untuk detik-detik ini,” kata Yakin.

Perlawanan Serbia dan Switzerland, ber­tukar buruk menuju peng­hujung, dengan pengadil mela­yangkan 11 kad kuning.

Bintang tengah Switzerland, Granit Xhaka yang mencetus kontroversi politik terhadap Serbia pada Piala Dunia 2018 ­berada di tengah-tengah pertengkaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya