Perpecahan Belgium kian parah

Perpecahan Belgium kian parah

PENYINGKIRAN awal Belgium dalam Piala Dunia 2022 menyerlahkan perpecahan yang berlaku dalam skuad Red Devils.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Lima pemain Belgium menempah tiket penerba­ngan pulang secara berasi­ngan daripada skuad kebangsaan selepas berlaku pertelingkahan dalaman gara-gara negara itu ter­singkir awal dari Piala Dunia Qatar.

Thomas Meunier, Axel Witsel, Jeremy Doku, Arthur Theate dan Lois Openda membayar sendiri tiket penerba­ngan mereka dan difahamkan sudah tiba di Brussels semalam.

Belgium, pasukan No. 2 ­du­nia menerima tamparan apabila kandas di peringkat kumpulan selepas seri 0-0 ­dengan Croatia dalam aksi terakhir Kumpulan F, Khamis lalu selain mena­ng tipis 1-0 ke atas Kanada dan dijinakkan Maghribi 0-2 dalam dua aksi pertama.

Ia keputusan yang amat mengecewakan buat Belgium yang dilabel ‘Generasi Emas’ kerana dibarisi bintang ternama seperti pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne, penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois serta ­Inter Milan, Romelu Lukaku.

Bagaimanapun perpecahan Belgium dikatakan berpunca dari sikap negatif De Bruyne pada minggu pertama latihan, di mana dia sendiri menggelar pasukannya sebagai skuad tua.

Biarpun pengendali pasukan, Roberto Martinez menafikan laporan mengenai perpe­cahan dalam skuadnya, keadaan menjadi semakin pa­rah apabila De Bruyne bertikam lidah dengan Eden Hazard dan Jan Vertonghen dalam bilik persalinan selepas kekalahan memalukan kepada Maghribi.

Kegagalan Belgium melepasi peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1998 me­nyaksikan berakhirnya ge­nerasi emas yang dibarisi kebanyakan pemain yang bakal menginjak usia.

Vertonghen, Toby Alderweireld, Dries Mertens serta Hazard antara pemain yang sudah berumur lebih 31 tahun ketika ini.

Lebih menyedihkan, Marti­nez turut meletakkan jawatan setelah membimbing pasukan itu ke separuh akhir Piala ­Dunia 2018 dan suku akhir Euro 2020 dalam tempoh enam tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.