Penyokong England boikot croissant, baguette

Penyokong England boikot croissant, baguette

PENYOKONG England melancarkan kempen memboikot produk berkaitan Perancis menjelang suku akhir Piala Dunia 2022 antara England-Perancis, Ahad ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyokong England mula memboikot semua perkara tentang Perancis menjelang pertemuan suku akhir Piala Dunia 2022 antara kedua-dua pasukan, Sabtu ini.

Daripada baguette hingga croissant, peminat Three Lions mahu menjauhkan diri dari adat resam jiran Eropah mereka sebelum ­Gareth Southgate berdepan dengan Didier Deschamps di Qatar.

Menuju terus ke media sosial sejurus kemenangan meyakinkan 3-0 England ke atas Senegal, disusuli kemenangan Perancis ke atas Poland, kempen itu dilancarkan.

Seorang peminat menulis di Twitter: “Kami memboikot croissant sehingga diberitahu kelak.”

Yang kedua berkata: “Sesiapa di England yang ditangkap makan baguette, croissant atau pain au chocolat dari sekarang hingga Sabtu depan harus dibuang ke dalam penjara.”

Orang ketiga bersetuju: “Be­tul, ini perang. Tiada baguette mulai sekarang, Tiada croissant, dan jangan kamu berani melihat macarons.”

England melangkah ke suku akhir selaku pasukan paling banyak menjaringkan gol dalam kejohanan kali ini, namun sedar Perancis yang turun selaku juara bertahan adalah ancaman terbesar mereka.

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe telah meledak lima gol di Qatar, menjadikan jumlah ke­seluruhan jaringannya dalam Piala Dunia menjadi sembilan hanya pada usia 23 tahun.

England mempunyai banyak alasan untuk bersikap optimis sebelum pertembungan menentang juara dunia itu, termasuk bakat muda Jude Bellingham, Bukayo Saka dan Phil Foden. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya