Peminat bola sepak saksikan final Piala Dunia di Tigre Arena

Peminat bola sepak saksikan final Piala Dunia di Tigre Arena

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir menyaksikan final Piala Dunia menerusi layar gergasi di Rigre Arena di Sungai Buloh malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Kira-kira 300 peminat bola sepak berkumpul untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Argentina menentang Perancis menerusi layar gergasi di Tigre Arena di sini, malam ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung di Tigre Arena World Cup Mini Fiesta 2022 yang berlangsung bermula sejak pukul 8 malam termasuk perlawanan bola sepak gimik final Piala Dunia.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia menerusi layar gergasi di program Tigre Arena World Cup Mini Fiesta 2022 ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengarah Urusan Tiger Sporting Empire, Nurikhzan Ahmad Yahaya berkata, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan program itu bagi memeriahkan lagi suasana ‘demam’ Piala Dunia bagi peminat bola sepak tempatan.

“Malam ini adalah kemuncak bagi Piala Dunia 2022, kami di Tigre Arena tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana dan mengambil inisiatif untuk menganjurkan Tigre Arena World Cup Mini Fiesta 2022.

“Acara kemuncak ialah menyaksikan perlawanan akhir di layar gergasi. Sebelum itu, kita anjurkan perlawanan gimik final, perlawanan projek tongkat dan perlawanan melibatkan bekas pemain Selangor,” katanya.

Dalam pada itu katanya, penganjuran Tigre Arena World Cup Mini Fiesta 2022 juga bertujuan untuk memperkenalkan lagi Tigre Arena kepada umum yang merupakan pusat pembangunan bola sepak yang mempunyai fasaliti lengkap.

“Kita mempunyai empat padang bola sepak bersaiz FIFA yang dilengkapi fasiliti lengkap. Kami juga menerima tempahan untuk penganjuran sebarang kejohanan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya