Neymar akan bermain menentang Korea Selatan-Tite

Neymar akan bermain menentang Korea Selatan-Tite

NEYMAR akan diturunkan bersama skuad Brazil pada perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia menentang Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali Brazil, Tite mengesahkan Neymar sedia untuk diturunkan bersama skuad juara dunia lima kali itu pada perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia menentang Korea Selatan selepas pulih daripada kecederaan buku lali.

Neymar mengalami kecederaan ketika membantu Brazil meraih kemenangan 2-0 ke atas Serbia pada aksi pembukaan sekali gus menyaksikannya terpaksa diketepikan ketika menang 1-0 ke atas Switzerland serta tewas di tangan Cameroon 0-1.

“Neymar akan berlatih pada hari ini pada sebelah petang dan jika dia berlatih dengan baik, dia akan bermain pada perlawanan menentang Korea Selatan,”kata Tite.

Berita mengenai kembalinya Neymar ke dalam kesebelasan utama hadir selepas Thiago Silva ditanya semasa sidang akhbar sama ada Neymar akan bermain dan Tite kemudian memegang mikrofon dan berkata “ya.”

Kehadiran semula Neymar tepat pada masanya selepas Brazil dilanda masalah kecergasan dengan Danilo cedera pergelangan kaki ketika menentang Serbia manakala Alex Sandro mengalami kecederaan pinggul ketika menentang Switzerland.

Lebih membimbangkan Tite ialah Brazil kehilangan khidmat Alex Telles dan penyerang Gabriel Jesus pada baki saingan Piala Dunia 2022 selepas kedua-dua mereka mengalami kecederaan lutut ketika tewas kepada Cameroon.

Menurut Tite, Danilo juga cergas untuk kembali menentang Korea Selatan pada Selasa ini tetapi Sandro tidak akan bermain.

Selain itu, Tite juga memuji kerja keras pegawai perubatan pasukannya membawa kepada pemulihan segera Neymar dan menegaskan kesihatan fizikal pemain adalah menjadi keutamaannya.-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya