Nantikan amukan Singa Atlas

Nantikan amukan Singa Atlas

PEMAIN Maghribi meraikan kejayaan menumpaskan Kanada dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Al-Thumama, Doha semalam untuk melangkah ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2022. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali Maghribi, Walid Regragui percaya, le­bih banyak kejutan bakal dihadirkan pasukannya selepas me­lakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 36 tahun.

Maghribi mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan Kanada 2-1 pada aksi ter­akhir Kumpulan F semalam hasil jaringan Hakim Ziyech dan Youssef En-Nesyri.

Kemena­ngan itu memboleh­kan skuad Singa Atlas muncul juara kumpulan dengan tujuh mata, diikuti Croatia yang seri 0-0 dengan Belgium.

“Ia bukan mudah. Apabila anda mempunyai peluang keemasan sebegini untuk melakar sejarah, anda akan harus memanfaatkannya.

“Secara jujurnya, separuh masa pertama hari ini (semalam) persembahan terbaik kami sejak sekian lama,” kata Regragui.

Menurut pengendali berusia 47 tahun itu, kemenangan di pe­ringkat kumpulan didorong keinginan kuat sejak awal lagi untuk mara jauh di Qatar.

“Kami datang ke sini bukan dengan pemikiran ‘oh kami begitu hampir’. Kami mahu bermain dengan gaya sendiri, permainan yang bagus.

“Kami meniru gaya pasukan Eropah dan menerapkannya dalam diri kami, supaya kami mampu menggabungkan dua gaya permainan.

“Kami melakukannya dengan baik setakat ini dan jika kami boleh mengekalkan gaya itu, akan akan menjadi ancaman kepada semua pa­sukan. Kami boleh menang banyak lagi,” katanya.

Maghribi bakal ber­de­pan ujian getir juara 2010, Sepanyol, Selasa ini untuk memburu tiket ke suku akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.