Messi boleh bermain sehingga 2026 jika dia mahu

Messi boleh bermain sehingga 2026 jika dia mahu

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Lionel Scaloni memberi jaminan nama Lionel Messi sudah terjamin untuk menganggotai skuad Argentina di Piala Dunia 2026 sekiranya dia berhasrat untuk terus bermain.

Sejak kali pertama menyarung jersi Argentina beraksi di Piala Dunia pada 2006, Messi akhirnya berjaya mengucup trofi terulung itu buat kali pertama.

“Pertama kali kami akan menyediakan tempat untuk dia (Messi) pada Piala Dunia akan datang. Jika dia ingin terus bermain, dia akan bersama kami.

“Dia lebih berhak untuk menentukan sama ada mahu terus bermain untuk Argentina atau tidak. Segalanya bergantung kepada dirinya,” kata Scaloni.

LIONEL Messi menjulang trofi Piala Dunia bersama rakan-rakan sepasukan selepas membantu Argentina menumpaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti.

Lebih manis, bintang Paris Saint-Germain (PSG) yang menjadi kapten Argentina sejak 2011, turut dianugerahkan bola emas iaitu pemain terbaik kejohanan namun gagal memenangi kasut emas selepas Kylian Mbappe melakukan hatrik pada final tersebut.

Argentina dan Perancis bersaingan dengan cukup sengit dalam perebutan piala berprestij itu apabila pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti yang memihak kepada pasukan Messi 4-2 di Stadium Lusail.

Terdahulu, selepas beraksi 120 minit kedua-dua pasukan terikat 3-3 sekali gus menjadikan perlawanan akhir yang cukup dramatik.

“Ia satu keseronokan untuk melatih Messi dan rakan sepasukannya. Dia memberi segalanya kepada pasukan dan ia sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

“Perlawanan yang sangat gila, sebagai jurulatih saya tahu kami bermain dengan baik dan boleh menang dalam 90 minit pertama namun ia tidak berlaku.

“Tentang perasaan? ia perasaan yang terbaik pernah saya ada. Saya tidak jangka dapat menjadi pemenang Piala Dunia tetapi kami melalui perjalanan untuk menjadi juara dan kini kami berjaya,” jelasnya.

Scaloni juga mengakui, kemenangan ini akan lebih bermakna jika legenda Argentina, Diego Maradona ada bersama mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya