Menari cara kami raikan kemenangan

Menari cara kami raikan kemenangan

PEMAIN Brazil menari meraikan jaringan mereka ketika menentang Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali Brazil, Tite menafikan pasukannya tidak menghormati Korea Selatan apabila menyertai pemainnya me­lakukan tarian ‘burung merpati’ selepas mara ke suku akhir Piala Dunia 2022.

Kemenangan 4-1 ke atas Korea di Stadium 974 semalam membawa Brazil menempah pertemuan dengan Croatia.

Selepas Richarlison meledak gol ketiga, Tite menyertai pemainnya membuat tarian ‘burung merpati’ hingga menerima kecaman banyak pihak kerana tidak menghormati lawan.

Terdahulu, Vinicius Junior membuka jaringan Brazil, sebelum sepakan penalti Neymar menggandakan kedudukan, ma­nakala Richarlison dan Lucas Paqueta melengkapkan jaringan.

Kata Tite, jaringan tersebut sudah dirancang sehari lebih awal, dan pengurus berusia 61 tahun itu menjelaskan ia cara buatnya menjalin hubungan lebih akrab dengan pemainnya.

“Mereka semua pemain muda, dan saya selalu cuba menyesuaikan diri dengan memahami cara mereka, iaitu menari,” katanya.

Bagaimanapun Tite turut me­lahirkan kekhuatiran tariannya disalah tafsir sesetengah pihak.

“Saya perlu lebih berhati-hati, ada sesetengah orang yang busuk hati akan merasakan apa saya lakukan itu biadab.

“Ia adalah kegembiraan apabila gol berjaya dijaringkan, untuk pasukan, untuk persembahan yang ditampilkan dan keputusan dicapai,” tambah Tite.

Sementara itu, Richarlison memeluk kapten Korea, Son Heung-min yang juga rakan di Tottenham sambil berkata, ia lumrah bola sepak – ada yang menangis gembira dan duka.

“Bola sepak memang begini. Salah seorang dari kami akan menang, dan seorang lagi pulang.

“Saya doakan yang terbaik buat Son, kerana kami amat memerlukannya di Tottenham.” ­katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya