Masa untuk serah 'baton' kepada generasi Mbappe - Lloris

Masa untuk serah ‘baton’ kepada generasi Mbappe – Lloris

DUA bintang veteran Perancis, Hugo Lloris (kanan) dan Olivier Giroud tidak mampu menahan kecewa selepas pasukan mereka kalah kepada Argentina dalam final Piala Dunia 2022 awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kapten Perancis, Hugo Lloris berkata, Piala Dunia di Qatar menandakan peralihan kepada generasi baharu pasukan itu yang diketuai Kylian Mbappe selepas kekalahan kepada Argentina dalam final awal pagi tadi.

Argentina menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan di Doha berakhir 3-3 padamasa tambahan, biarpun Mbappe memahat sejarah sebagai pemain kedua meledak hatrik dalam final Piala Dunia.

“Kejohanan ini ibarat ‘penyerahan baton’ antara generasi di penghujung karier kepada generasi baharu yang diketuai Mbappe,” kata Lloris, yang akan menginjak usia 36 tahun akhir bulan ini.

Penjaga gol Tottenham itu, yang memegang rekod penampilan terbanyak Perancis dengan 145 perlawanan berkata, Mbappe mempamerkan kepimpinan yang kuat sepanjang kejohanan terutama pada final.

MEMENANGI trofi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak tidak cukup menceriakan Mbappe selepas Perancis tewas kepada Argentina dalam final Piala Dunia 2022.  – AFP

“Ia seperti satu pertarungan, kami ditumbuk dan melakukan tumbukan.

“Kami tidak berputus asa. Kita memerlukan pemenang dan ia ditentukan menerusi sepakan penalti. Ia sering kali kejam. Kami pulang tangan kosong,” kata Lloris, yang memuji kebangkitan juara bertahan itu selepas ketinggalan 2-0 dengan hanya berbaki 10 minit masa sebenar.

Lloris ditewaskan dalam semua empat penalti Argentina ketika penentuan itu, termasuk satu daripada Lionel Messi yang menjaringkan dua gol pada perlawanan sebenar.

“Kami perlu mengucapkan tahniah kepada Argentina yang beraksi satu kejohanan hebat dan satu final hebat.”

Lloris enggan mendedahkan mengenai masa depannya di peringkat antarabangsa selepas beraksi pada Piala Dunia buat kali keempat.

“Seperti orang lain, saya perlu berehat seketika, untuk melihat perspektif mengenai beberapa perkara,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.