Maghribi dahului Portugal 1-0

Maghribi dahului Portugal 1-0

Penyerang Maghribi, Youssef En-Nesyri menanduk masuk bola pada minit ke 43 untuk meletakkan pasukannya di depan pada separuh masa pertama berdepan Portugal. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad kendalian Walid Regragui memulakan aksi suku akhir Piala Dunia dengan cemerlang apabila mendahului juara Eropah, Portugal 1-0 pada separuh masa pertama.

Tiada perubahan besar-besaran membabitkan kesebelasan utama Maghribi, manakala Portugal yang dibimbing Fernando Santos pula terus meletakkan penyerang kontroversi, Cristiano Ronaldo di bangku simpanan.

Awal permainan menyaksikan Portugal lebih mendominasi permainan dengan pemain tengah Joao Felix dan Bruno Fernandes masing masing mempunyai peluang untuk meletakkan Selecao di hadapan, namun percubaan mereka gagal menembusi gawang.

Tanpa diduga, menerusi satu serangan balas, Youssef En-Nesyri melompat tinggi untuk menyambar hantaran rakan sepasukan, Yahia Attiyat Allah sekaligus menewaskan penjaga gol Portugal, Diogo Costa bagi meletakkan pasukan Arab itu di hadapan untuk separuh masa pertama.

Maghribi berpeluang mencipta sejarah untuk menjadi pasukan dari benua Afrika pertama mara ke Piala Dunia, dengan syarat perlu mengekalkan kedudukan ini untuk baki 45 minit seterusnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.