Maghribi bagi 13,000 tiket percuma kepada penyokong

Maghribi bagi 13,000 tiket percuma kepada penyokong

BADAN bola sepak Maghribi memberi 13,000 tiket percuma kepada penyokong negara itu untuk aksi separuh akhir Piala Dunia 2022 menentang Perancis di Stadium Al Bayt, awal esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Persekutuan Bola Sepak Maghribi mengagihkan 13,000 tiket percuma kepada penyokong negara itu untuk me­nyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia menentang Perancis pagi esok.

Maghribi mencipta sensasi di Qatar selepas mengungguli Kumpulan F yang terdiri daripada naib juara 2018, Croatia, ‘ge­nerasi emas’ Belgium dan Kanada.

Di peringkat pusingan 16 terbaik, juara dunia 2010, Sepanyol pula menjadi mangsa Singa ­Atlas Maghribi apabila anak-anak buah Walid Regragui menang menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Kemenangan itu menyaksikan mereka layak ke suku akhir bertemu Portugal sebelum menang 1-0 untuk menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Pada kejohanan kali ini, Maghribi mempunyai benteng ampuh dan mengagumkan diketuai penjaga gol kental, Yassine Bounou serta pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi.

Aksi menakjubkan negara itu pada Piala Dunia 2022 menjadi kenangan manis buat Maghribi, dan sokongan pemain ‘ke-12’ telah menyemarakkan semangat pasukan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.