Kejohanan Supajaguh 2023 platform cungkil bakat akar umbi

Kejohanan Supajaguh 2023 platform cungkil bakat akar umbi

KAMIL (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran Supajaguh 2023 bawah 10 dan 12 tahun di Tigre Arena di Sungai Buloh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inter Club Football League (ICFL) bakal menganjurkan Kejohanan Supajaguh 2023 bawah 10 dan 12 tahun pada 4 dan 5 Mac tahun hadapan bagi mengcungkil bakat pemain remaja di peringkat akar umbi.

Kejohanan yang akan berlangsung di padang Tigre Arena Sungai Buloh itu terbuka kepada semua kelab dan persatuan dari seluruh negara dan penyertaan adalah terhad untuk 32 pasukan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Presiden ICFL, Datuk Kamil Mokhtar berkata, apa yang menarik, kejohanan kali ini menampilkan kelainan tersendiri kerana terdapat kategori Looser Pool bagi memberi lebih permainan kepada pasukan yang kalah diperingkat awal.

Beliau berkata, setiap pasukan bawah 10 dan 12 tahun akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dan mereka akan berentap dalam format liga sepusingan sebelum juara dan naib juara layak ke peringkat seterusnya dan yang tewas akan ke Looser Pool.

“Saya sedar, banyak kelab dan persatuan yang tercari-cari kejohanan di peringkat bawah umur dan ICFL selaku badan yang aktif menganjurkan kejohanan bola sepak di peringkat akar umbi khususnya di Lembah Kelang terpanggil untuk merealisasikan impian pemain remaja.

“Bagi memeriahkan lagi penganjuran kali ini, kejohanan ini kita buka kepada semua pasukan dari seluruh negara dan setakat ini, kita mendapat sambutan dan maklum balas yang amat baik serta sudah ada beberapa pasukan yang mengesahkan penyertaan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Kejohanan Supajaguh 2023 dianjurkan dengan kerjasama 9 Teraju Malaysia dan Tigre Arena yang mempunyai fasiliti lengkap untuk sukan bola sepak di Malaysia.

Menurut Kamil, yuran penyertaan bagi Kejohanan Supajaguh 2023 ialah RM1,200 bagi kedua-dua kategori namun, mana-mana pasukan yang membuat pendaftaran awal atau ‘Early Bird’ sebelum 30 Januari 2023 hanya perlu membayar RM800 sahaja.

“Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftarkan seramai 12 pemain serta tiga orang pegawai pasukan, bagi kategori bawah umur 10 tahun format tujuh sebelah akan digunapakai manakala, bawah 12 tahun adalah sembilan sebelah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Kejohanan Supajaguh 2023 juga dianjurkan bersempena dengan penganjuran Piala ICFL Bawah 17 Tahun Peringkat Asean yang akan berlangsung pada Mei tahun hadapan dan Piala Super ICFL pada September 2023.

“Piala ICFL Bawah 17 Tahun Peringkat Asean juga dianjurkan oleh ICFL dan sehingga kini, empat negara sudah mengesahkan penyertaan iaitu Thailand, Indonesia, Kemboja dan Laos manakala, Piala Super adalah acara tahunan ICFL,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya