Berhenti pecah belahkan kem Portugal

Berhenti pecah belahkan kem Portugal

RONALDO bersikap dingin selepas dia dikeluarkan ketika Portugal tewas 2-1 ketika menentang Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Ruben Dias meminta media Portugal berhenti cuba pecah belahkan kem pasukan kebangsaan menjelang pertembungan 16 terakhir Piala Dunia menentang Switzerland awal pagi esok.

Cristiano Ronaldo dibawa keluar ketika Portugal tewas 2-1 kepada Korea Selatan lalu dan mengangkat satu jari ke bibirnya untuk membuat isyarat ‘senyap’ ketika dia meninggalkan padang.

Bagaimanapun, pemenang Ballon d’Or lima kali itu menegaskan dia mengarahkan isyarat itu kepada pihak lawan dan bukannya kepada pengurus Portugal, Fernando Santos.

“Sebelum penggantian saya, salah seorang pemain mereka memberitahu saya untuk pergi dengan cepat. Saya memberitahunya untuk diam, dia tidak mempunyai kuasa, dia tidak perlu berkata apa-apa.

Tetapi dengan Ronaldo berdepan kemungkinan digugurkan atau tidak dijadikan kapten untuk perlawanan menentang Switzerland, Dias telah membuat rayuan kepada media Portugal.

“Anda harus bertanya perkara itu kepada Ronaldo. Saya ingin mengambil masa ini untuk menyatakan, dalam kejohanan ini akhbar menyokong kami dan Ronaldo, jadi saya ingin membuat rayuan kepada pihak akhbar.

“Semasa kami mara, anda tidak wajar untuk wujudkan perpecahan, mewujudkan perpaduan, kemudian siapa tahu mungkin kami akan mempunyai kekuatan yang baik dan tenaga positif untuk semua yang terlibat,” kata Dias.

Mengenai insiden itu, Santos berkata, dia sama sekali tidak menyukai apa yang telah terjadi namun, menganggap segala-galanya telah selesai.

“Perkara-perkara ini diselesaikan secara tertutup. Ia telah diselesaikan. Noktah mengenai perkara ini dan kini semua orang fokus pada perlawanan esok,” kata Santos.

Ditanya sama ada Ronaldo akan kekal sebagai kapten, Santos berkata, dia hanya akan putuskan perkara itu apabila tiba di stadium.

“Saya masih tidak tahu apakah barisan pemain yang akan diturunkan. Itulah yang selalu saya lakukan dan itulah yang selalu saya lakukan dan ia akan menjadi sama esok. Topik lain telah diselesaikan. Kami telah membetulkannya secara dalaman dan itu sahaja,” katanya.-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya