Hanya pemain terbaik, komited bersama JDT

Hanya pemain terbaik, komited bersama JDT

HECTOR BIDOGLIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hanya pemain yang mampu memberikan komitmen tinggi serta kesungguhan untuk bersaing dengan yang terbaik layak berada di kelab berprestasi tinggi seperti Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengarah Teknikal JDT, Hector Bidoglio berkata, pemain hanya boleh menyalahkan diri sendiri sekiranya gagal mempamerkan keinginan dan meningkatkan mutu permainan setelah kelab menyediakan yang terbaik untuk pemain daripada kebajikan eehinggalah ke fasiliti latihan.

Beliau berkata, tujuan mempunyai kumpulan pemain berkualiti yang ramai adalah untuk memastikan pemain sentiasa berusaha menjadi terbaik dan mengatasi tahap semasa mereka.

“JDT adalah kelab berprestasi tinggi di mana ‘survival of the fittest’ (keperluan untuk menjadi yang paling cergas) adalah mustahak. Tiada ruang untuk kelekaan.

“Arif Aiman ​​Hanapi adalah contoh anak muda yang menunjukkan komitmen, keinginan dan prestasi yang terbaik. Hong Wan dan Feroz Baharudin yang berusia 22 tahun telah mengambil peluang yang diberikan pada tahun ini dengan cemerlang.

ARIF AIMAN HANAPI 

“Hong Wan telah memulakan perlawanan sebanyak 16 kali dan beraksi dari bangku simpanan sebanyak 12 kali manakala Feroz pula memulakan perlawanan sebanyak 8 kali selepas mempamerkan aksi cemerlang di JDT II.

“Kelab telah menyediakan segalanya untuk pemain daripada kebajikan hinggalah ke fasiliti latihan, selebihnya terpulang kepada mana-mana pemain untuk menyahut cabaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Bidoglio yang dimuat naik di Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers dilihat bagi membalas komen Safawi Rasid setelah dipinjamkan kepada kelab Thailand, Ratchaburi FC.

Safawi, 25, mengakui sudah muak setelah kerap memanaskan bangku simpanan musim ini bersama JDT selain memasang impian untuk berhijrah ke kelab lain yang benar-benar memerlukan khidmatnya.

SAFAWI RASID

“Dalam umur saya 25 tahun ini, saya perlukan minit permainan untuk diri saya, walaupun selepas ini dah tamat status pinjaman di Ratchaburi FC , saya nak cari pasukan yang betul-betul perlukan saya.

“Saya dah tak mahu duduk di bangku simpanan lagi, saya nak main,” kata Safawi kepada sebuah portal sukan, semalam.

Mengulas lanjut, Bidoglio memberikan satu lagi contoh terbaik persaingan sihat di JDT membabitkan pemain bek tengah, Shahrul Saad yang terpaksa bersaing hebat dengan pemain import bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama Harimau Selatan.

“Beliau tidak berada dalam kesebelasan utama sebelum Liga Juara-juara AFC (ACL), tetapi beliau menunjukkan sikap profesionalisme, semangat dan prestasi yang terbaik untuk berada dalam kesebelasan utama berbanding pemain luar negara.

“Hasilnya, beliau telah mencatatkan 34 kali permulaan perlawanan. Syafiq Ahmad turut menunjukkan aksi cemerlang di padang latihan dan menpamerkan aksi yang baik dalam 15 penampilan sejak kembali daripada pinjaman.

“Pemain-pemain ini adalah bukti bahawa mereka yang menunjukkan prestasi baik dan komitmen di padang latihan boleh berkembang maju di JDT,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.