FAM harap kad merah Azam dibatalkan

FAM harap kad merah Azam dibatalkan

Noor Azman Rahman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun keputusan perlawanan tidak akan berubah, namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap menghantar surat kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengenai prestasi buruk pengadil Jepun, Ryuji Sato dan berharap kad merah yang diterima Azam Azmi Murad dibatalkan.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM dalam proses akhir meneliti beberapa klip ­video berhubung tindakan Sato menghadiahkan pe­nalti ‘tidak wajar’ kepada Vietnam, selain memberi kad merah kepada Azam di Hanoi, Selasa lalu.

“Kita sedia maklum, keputusan adalah mukta­mad tapi sekurang-kurangnya boleh jadi ­ikhibar kepada Malaysia bagi perlawanan akan datang.

“Dalam penilaian yang kita buat, kita juga ambil kira keluhan peminat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

“Kita dalam proses meneliti semua video yang ada dan kalau hari ini (semalam) siap esok (hari ini) kita akan hantar surat kepada Jawatankuasa Pengadil AFF untuk menilai semula kad merah yang diterima Azam Azmi dan penalti yang diberikan kepada tuan rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya