England tiada kelemahan, miliki kepantasan- Deschamps

England tiada kelemahan, miliki kepantasan- Deschamps

DIDIER Deschamps menganggap England miliki kepantasan dan mampu lakukan serangan balas yang baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali Perancis, Didier Deschamps mendakwa England tidak mempunyai sebarang kelemahan menjelang suku akhir Piala Dunia antara kedua-dua pasukan itu esok di Stadium Al Bayt.

Deschamps juga memuji kualiti pasukan Gareth Southgate dan percaya kepantasan adalah merupakan salah satu kelebihan utama mereka pada Piala Dunia kali ini.

Ketika ditanya tentang kelemahan England dalam sidang akhbar pra perlawanan, Deschamps berkata, England tidak mempunyai sebarang kelemahan

“Mereka tidak mempunyai apa-apa. Semua pasukan mempunyai kekuatan, tidak semua mempunyai banyak kelemahan, tetapi mata yang kurang.

“England telah melihat kami bermain empat perlawanan. Pada saat-saat akhir ini, anda perlu mengenal pasti kawasan yang anda fikir anda boleh menyerang mereka.

“Kepantasan sering menjadi salah satu kunci kepada perlawanan. Apabila pantas, ia beri kesukaran kepada pihak lawan namun, anda perlukan lebih daripada itu untuk menjaringkan gol.

“Pasukan England mempunyai kepantasan dan menjaringkan banyak gol dengan serangan balas yang pantas. Mereka juga mempunyai banyak kualiti lain dari segi keupayaan teknikal, kapasiti untuk menjaringkan gol dan menjadi berbahaya pada bola mati. Ia bukan kebetulan mereka berdepan kami di suku akhir,” kata Deschamps.

Perancis masih belum mencatat rekod bersih pada Piala Dunia tahun ini dan kelemahan mereka dalam situasi bola mati sangat terserlah namun, Deschamps tidak bersetuju jika ramai mengatakan itu adalah kelemahan pasukannya.

“Saya tidak bersetuju jika anda kata bola mati adalah salah satu kelemahan kami. Jika anda perlu memberi tumpuan kepada aspek tertentu permainan di mana anda boleh membuat perubahan, itu sesuatu yang saya tambahkan pada sesi latihan.

“Kami mungkin lebih kuat dalam situasi bola mati pada tahun-tahun sebelum ini tetapi, kami masih boleh menunjukkan kami berbahaya dan saya fikir kami lebih kuat di kawasan tertentu,” katanya.

Pertembungan Perancis dan England kini terarah kepada Kylian Mbappe yang kini sedang mendahului carta perebutan kasut emas but emas dengan lima gol.

Bagaimanapun, Deschamps menekankan bahawa peluang kejayaan pasukannya bukan semata-mata bergantung kepada bintang Paris Saint-Germain itu dan menegaskan kualiti Mbappe menjadikannya menonjol daripada yang lain.

“England akan bersedia untuk Kylian, tetapi dia berada dalam kedudukan untuk membuat perubahan. Kami mempunyai pemain lain, tetapi Mbappe adalah Mbappe dan dia boleh membuat perubahan,” katanya.-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya