Brazil terkena 'sumpahan kucing' jadi jenaka peminat Piala Dunia

Brazil terkena ‘sumpahan kucing’ jadi jenaka peminat Piala Dunia

ANTARA gambar yang tular dalam media sosial sejurus selepas kekalahan Brazil kepada Croatia pada suku akhir Piala Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Penyingkiran Brazil dari Piala Dunia 2022 menjadi bahan jenaka pencinta kucing, malah meninjau ke media sosial, rata-rata meraikan keputusan tersebut dengan menganggap ia satu ‘kemenangan’ buat semua kucing di dunia.

Awal pagi tadi, Brazil yang dianggap calon utama untuk menjuarai Piala Dunia kali ini disingkirkan oleh Croatia menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas perlawanan berakhir 1-1.

Begitupun sehari sebelum perlawanan, ada insiden yang telah ‘mengguris’ hati pencinta haiwan berbulu itu.

Ketika penyerang Brazil, Vinicius Junior bersedia untuk menjawab soalan dalam sidang akhbar, seekor kucing jalanan muncul dan duduk di meja.

Seorang pegawai pasukan Brazil kemudian bertindak melempar kucing tersebut, dan peminat yang marah menganggap kekalahan negara itu berpunca daripada ‘sumpahan kucing’.

 

“Jangan buat ‘main’ dengan kucing,” tulis pengguna akaun Twitter, Puflito.

“Jelas sekali, Brazil memandang rendah kedua-duanya, Croatia dan ‘kuasa karma’ kucing,” kata pempengaruh media sosial, Ryan Bailey.

“Melihat Brazil kalah kepada Croatia, saya mula terfikir tentang sumpahan kucing,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

“Kucing itu telah menyumpah seluruh pasukan Brazil, mereka tidak memenangi Piala Dunia kali ini,” kata Zariq.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.