Bellingham semakin hampir sertai Liverpool

Bellingham semakin hampir sertai Liverpool

JUDE BELLINGHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perpindahan Jude Bellingham ke Liverpool ‘sangat, sangat hampir’, lapor majalah bola sepak Jerman, SportBild.

Wartawan SportBild, Christian Falk yang sering menulis laporan tepat mengenai bola sepak Jerman berkata, pihak pengurusan Bellingham akan memaklumkan hasrat mereka kepada Borussia Dortmund sejurus tamat Piala Dunia 2022.

“(Erling) Haaland meninggalkan kami untuk pergi ke Liga Perdana, jadi semua mata kini tertumpu kepada Bellingham dan (Jamal) Musiala, yang bermain di Bayern Munich dan bukan untuk England, saya suka menyebutnya!

“Kami akan kehilangan Bellingham seperti Haaland pada musim panas akan datang, ia semakin hampir.

“Anda mendengar berita hari ini, anda akan dengar bahawa Bellingham dan Liverpool semakin hampir.

“Terdapat banyak, banyak rundingan. Bapanya Mark, ibu Denise dan ejen Mark Bennett benar-benar tertumpu kepada Liverpool,” kata Falk.

Bellingham antara pemain paling menonjol dalam skuad England pada Piala Dunia di Qatar, dan watak penting yang membawa Three Lions mara ke suku akhir.

Liverpool sudah lama menunjukkan minat terhadap pemain tengah berusia 19 tahun itu.

Pengendali Reds, Jurgen Klopp percaya, Bellingham adalah kunci kepada masa depan bahagian tengah pasukan dengan Jordan Henderson, 32, James Milner, 36, dan Thiago, 31, memasuki tahun terakhir mereka.

Laporan itu mencadangkan bahawa Dortmund akan menuntut 130 juta pound (RM701 juta) untuk aset berharga mereka.

Pengarah Fenway Sports Group (FSG), Mike Gordon, telah pun bersetuju untuk memberi 86 juta pound (RM464 juta) untuk perpindahan itu.

Bagaimanapun, memandangkan FSG sedang mencari untuk menjual Liverpool maka pelabur baharu boleh menyediakan baki wang yang diperlukan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya