Arif Aiman pertahan status MVP di ABK 2022

Arif Aiman pertahan status MVP di ABK 2022

ARIF Aiman dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd. Hanapi sekali lagi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) yang diadakan secara virtual sebentar tadi.

Bintang muda berumur 20 tahun itu berjaya mempertahankan gelaran MVP dimenangi musim lalu selepas mempamerkan persembahan cemerlang dan konsisten sepanjang musim ini bersama JDT dengan meledak lapan gol dan 16 bantuan jaringan.

Beliau menjadi antara tunjang utama kepada kejayaan luar biasa JDT yang melakar sejarah meraih ‘quadruple’ dengan menyapu bersih semua kejuaraan musim ini iaitu Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Selain memenangi MVP, beliau turut mempertahankan dua lagi gelaran yang pernah dimenanginya pada musim lalu iaitu Anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Selain Arif Aiman, kem JDT turut ceria dengan kemenangan Shahrul Saad bagi kategori Anugerah Pertahanan Terbaik selain Afiq Fazail merangkul kategori Anugerah Pemain Tengah Terbaik.

 

Sementara itu, penyerang JDT, Bergson Da Silva, menepati statusnya apabila menggondol kategori Anugerah Pemain Import Terbaik selain turut diumumkan Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 apabila menjaringkan 29 gol.

Melengkapkan lagi malam gemilang JDT di ABK22 ialah skuad Harimau Selatan itu turut memenangi Anugerah Pasukan Terbaik, sekali gus mempertahankan kemenangan sejak musim 2018.

Dalam pada itu, Anugerah Penjaga Gol Terbaik pula dimenangi penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi manakala, Nafuzi Zain muncul pemenang kategori Anugerah Jurulatih Terbaik.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya