Akaun Facebook Ryuji Sato diserang peminat Malaysia

Akaun Facebook Ryuji Sato diserang peminat Malaysia

ENTRI Facebook Ryuki Sato yang mencetuskan kemarahan peminat Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Entri ‘I love you guys Vietnam‘ yang ditulis dalam akaun Facebook Ryuji Sato semalam mencetus kemarahan peminat bola sepak negara selepas pengadil dari Jepun, Sato membuat keputusan kontroversi ketika Malaysia kalah 3-0 kepada Vietnam dalam aksi Piala AFF di Hanoi hari ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah Facebook rasmi Sato, 45, atau bukan, namun mesej ‘Good luck. Vietnam wins! Don’t forget at 19:30 tomorrow 27/12 at My Dinh National Stadium. I love you guys Vietnam’ yang ditulis di akaun Ryuji Sato menyebabkan warga net meninggalkan puluhan ribu komen.

Sejurus tamat perlawanan, akaun Facebook berkenaan turut menulis: “Perlawanan telah tamat. Kami sentiasa menyasarkan keadilan. Tahniah atas kemenangan Vietnam” dengan disertai gambar pertahanan Malaysia, Azam Azmi Murad dilayangkan kad merah.

Sehingga artikel ini ditulis, lebih 10,000 komen ditinggalkan oleh peminat bolak sepak negara di Facebook berkenaan.

SATU lagi entri yang dimuat naik Facebook berkenaan.

Dalam insiden itu, Sato memberikan sepakan penalti kepada Malaysia selepas mendakwa Azam mengasari pemain lawan, Doan Van Hau di luar padang berhampiran kawasan penalti.

Sebelum insiden tersebut, Van Hau dilihat terlebih dulu mengasari pertahanan negara itu, dan tindak balas dilakukan oleh Azam yang kemudian berakhir dengan kedua-dua pemain terjatuh di luar padang tetapi bola masih berada di dalam kawasan permainan.

Sato, 45, adalah pengadil sama yang membuat keputusan kontroversi pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Harimau Malaya dan Vietnam, Jun lalu.

Dia ketika itu menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika aksi pertembungan berbaki 10 minit di Stadium Al Maktoum, Dubai, sekali gus menyaksikan Malaysia tewas 1-2.

Penyokong Malaysia tampak berang dengan pemberian sepakan penalti kepada Vietnam yang dilihat tiada sentuhan berlaku daripada tonggak Harimau Malaya, Brendan Gan ke ke atas Nguyen Van Toan yang membuat simulasi di dalam kotak penalti sehingga memperdayakan pengadil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya