Ada sebab tiket Terbuka Malaysia naik harga - BAM

Ada sebab tiket Terbuka Malaysia naik harga – BAM

PEARLY Tan (kanan) dan M. Thinaah ketika mempromosikan tiket Terbuka Malaysia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenaikan harga tiket yang mendadak untuk Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang bakal dilangsungkan 10 hingga 15 Januari mencetus rasa kurang senang sebahagian peminat tempatan.

Selain itu, ketiadaan tiket pas bermusim juga mencetuskan kebingungan kebanyakan peminat memandangkan ia dianggap tiket yang lebih berpatutan bagi menyaksikan  lima hari saingan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Harga tiket yang dijual untuk saingan tersebut bermula pada harga RM40 sehinggalah RM700, berbanding sebelum ini iaitu antara RM15 sehinggalah RM500.

Terbuka Malaysia sebelum ini hanyalah kejohanan bertaraf Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), namun bermula tahun hadapan, taraf kejohanan tesebut ditingkatkan ke Super 1000, setaraf dengan tiga lagi kejohanan utama iaitu All England, Terbuka China dan Terbuka Indonesia.

Hadiah wang kemenangan juga turut ditingkatkan daripada AS$600,000 (RM2.6 juta) kepada AS$1.25 juta (RM5.5 juta).

Di sebalik peningkatan harga yang mendadak, Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh menjelaskan tiket untuk aksi perlawanan akhir Terbuka Malaysia pada 15 Januari depan tetap laris terjual.

“Seperti semua orang tahu, ini adalah kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 yang boleh diibaratkan seperti Grand Slam badminton. Kami akan cuba buat yang terbaik bagi memastikan semua peminat mendapat pengalaman menakjubkan.

“Berhubung jualan tiket, laporan awal yang saya terima amat menggalakkan dan tiket untuk aksi final sudah hampir habis. Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa berikan sokongan.

“Sebenarnya bukan mudah untuk kita anjur kejohanan besar seperti ini kerana ia satu tugas berat tetapi kami akan cuba sediakan kejohanan terbaik demi peminat-peminat sukan badminton,” jelas Kenny. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya