Tanpa Haaland, tiada masalah

Tanpa Haaland, tiada masalah

CITY melakar kemenangan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan tanpa Erling Haaland.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City membuktikan mereka tidak terlalu bergantung kepada Erling Haaland apabila menumpaskan Sevilla 3-1 dalam aksi Liga Juara-Juara pagi tanpa penyerang sensasi Norway itu.

Julian Alvarez mengisi kekosongan Haaland cemerlang apabila meledak satu gol dan dua umpanan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Kemenangan itu memastikan skuad The Citizens mengekalkan rekod tanpa kalah di pentas Eropah musim ini untuk muncul juara Kumpulan G.

Selain Haaland, yang mengalami kecederaan kaki, City yang sudah mengesahkan slot kalah mati lebih awal turut merehatkan Kevin De Bruyne, Rodri, Bernardo Silva dan Joao Cancelo dari kesebelasan utama.

Tuan rumah bagaimanapun terlebih dulu dikejutkan dengan gol pembukaan Sevilla menerusi tandukan Rafa Mir pada minit ke-31.

Selepas hambar di babak pertama, City memulakan separuh masa kedua dengan lebih agresif dan berjaya mendapat gol penyamaan menerusi pemain berusia 17 tahun, Rico Lewis pada minit ke-52.

Pada minit ke-73, hantaran De Bruyne memberikan Alvarez gol keempatnya buat City dan menggandakan kedudukan 2-0.

Pemain Argentina itu kemudian melakukan hantaran cantik kepada Riyad Mahrez yang melengkapkan kebangkitan City, tujuh minit sebelum tamat.

“Ini malam yang hebat buat Julian. Dia melakukan dua umpanan gol dan satu jaringan,” kata pengendali City, Pep Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.