Ronaldo bijak guna peluang untuk dapatkan penalti

Ronaldo bijak guna peluang untuk dapatkan penalti

RONALDO menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertama Portugal ketika menentang Ghana di Piala Dunia Qatar 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Cristiano Ronaldo menunjukkan sangat bijak untuk mendapatkan penalti kontroversi ketika kemenangan Portugal ke atas Ghana di Piala Dunia 2022, kataa ahli kumpulan kajian teknikal Fifa, Sunday Oliseh.

Dalam perlawanan itu, Ronaldo jatuh selepas terjahan Mohammed Salisu sebelum dia menjaringkan sepakan penalti yang terhasil untuk menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol di lima Piala Dunia.

Jurulatih Ghana, Otto Addo juga menyifatkan keputusan penalti itu sebagai ‘hadiah’ kepada Ronaldo dan berkata ia adalah keputusan yang benar-benar salah.

“Mungkin penyerang semakin bijak.

“Kalau tengok penalti yang Ronaldo dapat, biarlah, orang boleh cakap apa yang mereka mahu tentang lelaki ini, tetapi dia berfikir untuk bersabar dan meletakkan kaki untuk menyentuh bola terlebih dahulu sebelum anda, teruskan pergerakan supaya anda bersentuhan dengan kakinya, itu sangat genius.

“Mari kita berikan pujian kepada penyerang kerana menjadi lebih bijak,” kata Oliseh yang juga merupakan bekas pemain antarabangsa Nigeria pada sidang akhbar apabila ditanya mengapa lebih banyak penalti diberikan pada kejohanan itu setakat ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Setakat ini, sebanyak sembilan penalti telah diberikan dalam pusingan pertama perlawanan peringkat kumpulan.

“VAR juga merupakan sebab utama mengapa ini (lebih banyak penalti diberikan) berlaku kerana pengadil kini boleh melihatnya tiga atau empat kali dan membuat keputusan,” tambah Oliseh.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya