RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan cuti umum esok bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak mereka mengalahkan juara dua kali, Argentina dalam aksi pembukaan Kumpulan C dalam Piala Dunia Qatar sebentar tadi.
Pengisytiharan cuti umum itu dititahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud dan ia tertakluk kepada semua pekerja sektor kerajaan dan swasta, serta pelajar di seluruh negara itu.
Memuatkan artikel berkaitan…

Arab Saudi melakar kejutan terbesar dalam sejarah penganjuran Piala Dunia apabila melakar kemenangan 2-1 hasil jaringan Saleh Al Shehri dan Salem Aldawsari pada babak kedua permainan.
Pasukan yang diberi julukan The Falcons ( Sang Helang) itu akan bertemu Mexico dalam aksi kedua kumpulan, Sabtu ini. – AGENSI











