Perancis bawa Varane, Giroud ke Piala Dunia 2022

Perancis bawa Varane, Giroud ke Piala Dunia 2022

RAPHAEL VARANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pertahanan Manchester United, Raphael Varane tetap dibawa ke Piala Dunia 2022 biarpun bergelut dengan kecederaan, manakala Olivier Giroud kembali mendapat panggilan jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Deschamps hari ini mengumumkan 25 daripada 26 pemain yang akan dibawa ke Qatar dalam misi mempertahankan kejuaraan dunia bermula 20 November ini.

Les Bleus akan menyamai rekod Brazil pada 1962 jika berjaya mempertahankan Piala Dunia.

Seramai 11 pemain daripada skuad yang muncul juara 2018 disenaraikan, termasuk ketua pasukan, Hugo Lloris dan penjaga gol simpanan, Steve Mandanda bersama Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

Pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema yang beberapa kali terlepas perlawanan Real Madrid musim ini kerana kecederaan bersedia untuk Piala Dunia pertamanya sejak 2014.

Benzema ‘digantung’ oleh Perancis selama lima setengah tahun kerana terbabit dalam skandal peras ugut membabitkan rakan sepasukan, Mathieu Valbuena.

Dia didapati bersalah tahun lalu tetapi kembali ke pangkuan pasukan dan bermain dalam Kejohanan Eropah (Euro) 2020 serta membantu Perancis menjuarai Liga Negara-Negara UEFA.

Giroud, 36, yang kurang dua gol untuk menyamai rekod milik Thierry Henry dengan 51 gol bermain dalam semua perlawanan pada Piala Dunia 2018 di Russia tetapi tidak menjaringkan gol.

Bek tengah Paris Saint-Germain (PSG), Presnel Kimpembe tetap tersenarai walaupun mengalami kecederaan yang menyebabkan dia hanya bermain dalam lima aksi sejak awal September.

Varane pula sudah sebulan tidak beraksi apabila Les Bleus berdepan Australia dalam aksi pembukaan Piala Dunia pada 22 November.

“Dua kes ini berbeza. Kimpembe ada sedikit masalah tetapi boleh bermain untuk kelab dalam aksi liga terakhir pada Ahad.

“Varane ada masalah kecederaan jangka panjang tetapi dia juga boleh bermain menentang Australia jika semua berjalan lancar,” kata Deschamps kepada TF1. – AFP

SKUAD PERANCIS KE PIALA DUNIA 2022

PENJAGA GOL: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur/ENG), Steve Mandanda (Rennes/FRA), Alphonse Areola (West Ham United/ENG)

PERTAHANAN: Lucas Hernandez (Bayern Munich/GER), Theo Hernandez (AC Milan/ITA), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Ibrahima Konate (Liverpool/ENG), Jules Kounde (Barcelona/ESP), Benjamin Pavard (Bayern Munich/GER), William Saliba (Arsenal/ENG), Raphael Varane (Manchester United/ENG), Dayot Upamecano (Bayern Munich/GER)

TENGAH: Eduardo Camavinga (Real Madrid/ESP), Youssouf Fofana (Monaco), Matteo Guendouzi (Marseille), Adrien Rabiot (Juventus/ITA), Aurelien Tchouameni (Real Madrid/ESP), Jordan Veretout (Marseille)

SERANGAN: Karim Benzema (Real Madrid/ESP), Kingsley Coman (Bayern Munich/GER), Ousmane Dembele (Barcelona/ESP), Olivier Giroud (AC Milan/ITA), Antoine Griezmann (Atletico Madrid/ESP), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain), Christopher Nkunku (RB Leipzig/GER)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Β 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya