Penyokong yakin JDT akan bawa pulang Piala Malaysia

Penyokong yakin JDT akan bawa pulang Piala Malaysia

SEBAHAGIAN penyokong JDT yang bertolak ke Bukit Jalil pagi tadi untuk menonton final Piala Malaysia malam ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kira-kira 600 penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berkonvoi dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pagi ini berharap kekecewaan tumpas pada final Piala Malaysia tahun lalu tidak berulang.

Kamariah A. Kadir, 47, yakin kekecewaan itu diubati dengan kemenangan pada malam ini setelah momentum kemenangan berpihak kepada JDT selepas menjuarai Piala FA dan Liga Super musim ini.

SEBAHAGIAN daripada 2,000 penyokong JDT bersorak semangat sambil menunjukkan tiket perlàwanan akhir sebelum bertolak ke Bukit Jalil untuk menyaksikan final Piala Malaysia  menentang Selangor FC, malam ini. – UTUSAN RAJA JAAFAR ALI

“Pada tahun lalu, saya turut berada di SNBJ menyaksikan JDT tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur City. Saya harap keputusan tahun ini berbeza dan memihak kepada skuad Harimau Selatan.

“Sudah tentu saya gembira ke final sekali lagi, harapnya JDT akan muncul juara selepas memenangi Piala FA dan Liga Super,” katanya yang turut berharap perlawanan berjalan dengan aman dan tidak ada provokasi.

KAMARIAH A. KADIR

Sementara itu, Izad Shah Omar, 45, melahirkan keterujaan apabila JDT melangkah ke perlawanan akhir kali kedua tahun ini.

Dia menjangkakan skuad kendalian Hector Bidoglio akan menerima tentangan sengit daripada skuad Gergasi Merah sebelum muncul juara Piala Malaysia malam ini.

“Ramai yang mengharapkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe dapat mencipta kejutan menumbangkan JDT malam ini, saya tak melihat perkara itu akan berlaku.

“Biasalah kelab berjaya seperti ini, ramai yang cemburu. Saya yakin JDT mampu menambah koleksi piala pada musim ini,” katanya.

IZAD SHAH OMAR

Sementara itu, bagi Awang Lazaman, 69, yang menyokong kelab bola sepak negeri ini sejak era Johor FA, bangga melihat pencapaian kelab itu yang diterajui pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya, JDT pada musim ini berada pada tahap yang terbaik dan mampu melengkapkan kejuaraan treble dengan menjulang Piala Malaysia pada malam ini.

AWANG LAZAMAN

“Perlawanan pada malam ini ibarat ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor FA menentang Selangor pada 1991 yang menyaksikan Johor menang 3-1.

“Saya harap pasukan JDT mampu mencatatkan keputusan yang sama dan tidak pulang dengan tangan kosong seperti musim lalu,” katanya.

Lebih 100 buah bas yang membawa penyokong JDT termasuk Boys of Straits (BOS) mula berkonvoi pagi ini dari pelbagai lokasi menuju venue perlawanan akhir Piala Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya